Shutter Speed

SHUTTER SPEED atau kelajuan shutter, mempengaruhi tempoh masa filem atau sensor didalam kamera terdedah kepada cahaya. Ini lazimnya dilakukan dengan menggunakan bidai atau shutter curtain yang membuka dan menutup mengikut kelajauan yang diperlukan oleh pengguna. Tempoh bukaan bidai ini dikenali sebagai kelajuan shutter atau shutter speed. Sebagai contoh, jika pengguna memilih kelajuan 125 seperti yang diwarnakan merah didalam gambar ini, filem atau sensor akan terdedah kepada cahaya selama 1/125 per saat.


Seperti juga aperture shutter speed mempunyai incrementnya sendiri dan lazimnya dirujuk dalam nisbah per saat dalam faktor 1/2. Disebabkan ini, maka kebiasaannya shutter speed kerap dirujuk dalam 1/2s, 1/4s,1/8s ... 1/8000s. Seperti yang telah dibincangkan diatas, jika seseorang pengguna memilih 1000, ini bermakna, shutter speed ialah 1/1000 per saat.

Dalam pada masa yang sama, shutter speed bukan sahaja terhad pada tahap atau range yang laju sahaja. Shutter speed juga terdapat dalam kelajuan yang perlahan atau long exposure. Ini kerap dirujuk dalam saat tempoh bukaan shutter seperti 1s, 2s, 4s,8s atau B.

Berpandukan gambar diatas, sebagai contoh, jika pengguna memilih angka 8, ini bermakna, tempoh bukaan shutter adalah 8 saat. Jika pengguna memilih abjad B pula, tempoh bukaan shutter terletak sepenuhnya ditanggan pengguna. Ini bermaksud, shutter akan buka bila punat ditekan dan akan kekal terbuka selagi punat shutter tidak dilepaskan. Ini lebih dikenali sebagai BULB mode.

Persoaalanya, apakah shutter speed yang sesuai untuk digunakan?

Sebagai rule of thumb, pemilihan shutter speed adalah digalakkan pada satu tahap diatas focal length lensa yang digunakan. Ini bertujuan untuk menggelakan kekaburan disebabkan oleh camera shake. Sebagai contoh, jika focal length lensa ialah 200mm, shutter speed yang harus digunakan ialah 1/250s. Jika shutter speed ini tidak dapat diperolehi, penggunaan tripod atau lain-lain jenis alat sokongan amatlah digalakan untuk menghindarkan dari kesan camera shake ini. Walaupun terdapat lensa-lensa sekarang yang mempunyai vibration reduction (VR) atau image stablisation (IS) untuk mengurangkan kesan camera shake, pengguna harus peka dan berhati-hati dalam pemilihan shutter speed.

Pemilihan shutter speed juga terletak kepada komposisi dan imej yang dikehendaki oleh pengguna. Jika kita hendak "membekukan" atau "Freeze" sesuatu aksi dalam sukan (sports) atau kehidupan liar (wild life), penggunaan shutter speed 1/250s keatas adalah wajar, seperti gambar dibawah ini.

1/1600s


Akan tetapi, bukan semua imej sports atau imej aksi memerlukan shutter speed yang tinggi. Adakala, shutter speed rendah diperlukan apabila sesorang pengguna ingin merakamkan imej yang berkonsepkan "panning shots" (yang ni, kita bincang lain kali pulak..) atau untuk menunjukkan sesuatu movement seperti aliran air sebagaimana yang ditunjukkan dibawah. Sebagai contoh, perhatikan rupa bentuk air yang berubah mengikut shutter speed yang berbeza.

1/250s


1/1.6s


1.5s


3.0s


13s

8 ulasan:

  1. saya nak tnya....
    bagaimana utk membuat efek cahaya bunga api yg hanya nampak aliran nya aje yer?..adakah menggunakan shuuter speed yg rendah?..

    BalasPadam
  2. Jebatz,

    Ia, jika anada berkehendakan nampak alirannya sahaja, penggunaan shutter speed yang rendah akan dapat merakamkan aliran bunga api tersebut.

    BalasPadam
  3. macam mana sy nk adjust shutter speed sy???sy pakai Nikon D40x..boleh reply kat blog sy..mrberett.blogspot.com..thanx

    BalasPadam
  4. tankyu owner blog nih..
    banyak ilmu yang boleh dicedok dr cni..
    harap boleh teruskan penulisan ni..

    BalasPadam
  5. Sebagai rule of thumb, pemilihan shutter speed adalah digalakkan pada satu tahap diatas focal length lensa yang digunakan. Ini bertujuan untuk menggelakan kekaburan disebabkan oleh camera shake. Sebagai contoh, jika focal length lensa ialah 200mm, shutter speed yang harus digunakan ialah 1/250s.

    salam dr..
    ade tak faham pasal ni.. adakah ini bermaksud utk dptkan ruang yg bnyk utk main dngn shutter speed, objek secara idealnya perlu dekat bergantung pd limitation focal length?

    BalasPadam
  6. Shutter speed & Aperture sebagai manakah yg sesuai digunakan untuk mengambil gambar matahari terbenam & matahari terbit

    BalasPadam
  7. Thanks Dr, ilmu anda amat berguna kepada org seperti saya..

    BalasPadam
  8. mari berkongsi imformasi berkenaan fotografi perkahwinan di blog sy www.albumcintanaz.blogspot.com ..Blog doc faizal banayak membantu sy dalam bidang ni. tq doc.

    BalasPadam