Kenapa saya pilih Nikon: SLR 35mm

Harap maklum bahawa ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sejak saya kecil lagi, setiap kali apabila ada keramaian atau hari ulang tahun di rumah saya, arwah bapa saya (alfatihah buat beliau) selalu memanggil tukang gambar datang kerumah untuk mengambil gambar keluarga atau majlis tersebut. Sejak dibangku sekolah lagi ketika berusia 12 tahun, saya mula tertarik dengan penghasilan "gambar". (masa tu, tak tau pun ada perkataan foto atau fotografi...) Hasil dari simpanan wang saku sekolah, saya telah berjaya membeli sebuah kamera pertama saya jenama Diana, yang menggunakan filem format 120mm. Walaupun kamera ini lebih dikenali sebagai kamera "mainan" dan saya beli kat kedai runcit mamak sahaja, ia merupakan satu pencapaian yang tinggi bagi saya. Pada waktu itu, filem hitam putih (B&W) amat popular dan imej color masih baru diperkenalkan dan boleh dikirakan sebagai terlalu mahal. Kamera ini saya gunakan untuk menangkap segala macam gambar tanpa mengira komposisi atau pun subjek. (main aci tembak ajer...)

Apabila saya di sekolah menengah, saya mula aktif dalam kelab fotografi sekolah. Disitulah, saya mula belajar tentang filem, DIN, ASA, shutter speed, aperture, lighting, termasuklah bagaimana cara memproses dan mencentak gambar hitam putih. Oleh kerana kelab sekolah mempunyai hanya sebuah kamera, maka ia selalu menjadi rebutan ahli-ahli kelab untuk membuat eksperiment. Disitu lah saya mula mengenali kamera SLR, jenama seagull buatan China.

Selepas MCE saya berpeluang meyambung pelajaran saya ke luar negara dimana minat untuk berfotografi menjadi lebih ketara. Bermacam-macam peluang dan ilmu mudah didapati disana dengan harga yang berpatutan, tidak seperti semasa saya di Malaysia. Ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba dan menggunakan bermacam-macam model & jenama temasuklah jenama seperti Ricoh, Pentax, Olympus, Contax, Canon dan juga Nikon. (masa tu duit elaun habis pergi ker Hi-Fi dan kamera...heheheh)

Dari pengalaman sendiri, ikhlas saya perkatakan bahawa, model Contax RTS dengan lensa Carl Zeiss merupakan kombinasi yang paling saya gemari. Kombinasi body & lens ini menghasilkan warna yang amat tepat. Akan tetapi, bertapak dibumi yang nyata saya dapati harga sistem ini amatlah tinggi untuk dijadikan sistem pilihan, diluar kemampuan saya. Dengan itu, saya terpaksa memikirkan kembali keutamaan saya didalam dunia fotografi. Process pemilihan saya sama sebagaimana artikel yang saya tulis kamera mana untuk saya dan berdasarkan hasil kajian saya, akhirnya saya memilih jenama NIKON kerana sebab-sebab dibawah. Harus diingatkan sekali lagi bahawa, ini merupakan pendapat peribadi dan saya tak dapat apa-apa komisyen pun. Kajian saya pada ketika itu merangkumi 4 jenama, Olympus, Pentax, Canon dan Nikon.

Melihat dari sejauh manakah sesuatu jenama itu dapat membantu perkembangan fotografi saya, pilhian saya tertumpu kepada Canon atau Nikon. Ini di sebabkan oleh kelengkapan sistem mereka yang boleh menampung perkembangan minat fotografi saya. Saya juga berpeluang bertanyakan beberapa orang profesional mat saleh kat sana tentang jenama yang mereka gunakan. Ramai dari mereka mencadangkan kepada saya jenama Nikon berdasarkan selera fotografi saya, termasuklah juga mereka yang menggunakan Canon.

Apabila saya bertanyakan kepada mereka, "kenapa begitu sedangkan mereka mengguna jenama Canon?" Sambil ketawa, mereka mengakui bahawa, "jenama ini ditaja oleh syarikat atau akhbar kami". Tambahan mereka lagi, "jangan ingat sebab jenama yang banyak ditepi padang tu milik sendiri, tidak! itu semua milik syarikat yang telah berurusan dengan pengeluar". Mereka juga memiliki kamera berjenama Nikon untuk kegunaan sendiri.

Masih tidak berpuas hati, saya merujuk kembali dari sudut selera fotografi saya. Ketika itu, jenama Olympus dan Nikon pula menjadi pilihan kerana ketepatan warna yang dihasilkan oleh lensa-lensa mereka.

Berbekalkan 3 jenama ini, saya mencuba pula keserasian model-model dari tiga jenama tersebut. Dari segi "ergonomics" dan "feel" kamera tersebut, saya dapati, jenama Olympus paling lemah buat saya. Jadi perbandingan sekarang tertumpu kepada Nikon atau Canon. Dari segi penggunaannya pula, saya dapati jenama Nikon lebih serasi dengan saya sebab:
  • "Viewfinder" kamera Nikon lebih mesra pengguna terutama sekali seperti saya yang berkaca-mata, berbanding Canon.
  • "Controls, knobs & buttons" juga lebih mesra pengguna dan konsistent antara satu model dengan model yang lain, berbanding Canon. Sangat mudah jika mempunyai lebih dari satu model atau badan.
  • Dari segi "built"-nya, bila dipasang dengan "motordrive" masing-masing, jenama Nikon nampak dan rasa lebih mantap berbanding Canon.
  • Saya juga mendapati, pengguna Canon ketika itu boleh menggunakan lensa Nikkor dengan menggunakan "adaptor" dan tidak sebaliknya. Pada saya, ini bermakna, lensa Nikkor lebih baik kualitinya dari lensa jenama Canon. Juga terdapat pengeluar badan kamera seperti Kodak dan Fuji yang turut menggunakan "Nikon Mount" yang membolehkan penggunaan lensa "Nikkor" pada kamera mereka.
  • Kajian saya juga mendapati, pengeluar lensa yang masyhur seperti ziess juga ada menggeluarkan lensa mereka untuk kegunaan kamera Nikon selain daripada untuk kamera berjenama Contax dan Hasselblad yang mana merupakan "de-facto" standard dalam dunia fotografi. Jadi jika ada rezeki untuk menggunakan lensa-lensa zeiss dimasa hadapan, jenama Nikon haruslah menjadi pilihan saya.

Dengan demikan, pemilihan "body & lens" jenama Nikon boleh dikatakan satu pilihan yang baik bagi saya dan tidak hairanlah jika NASA juga memilih jenama Nikon untuk kengunaan program angkasa lepas mereka.

Kemunculan era: DSLR

Apabila pengeluar mengumumkan kemunculan kamera digital DSLR, saya amat skeptik tentang hasil yang bakal di perolehi. Maklum sajalah barang-barang elektronik ni cepat betul bertukar. Kalau tak percaya, tengok balik sejarah komputer! Saya mengambil masa agak lama sebelum menggunakan kamera Digital SLR (DSLR). Sekali lagi, saya terperangkap dalam pusingan yang sama, pemilihan jenama kamera untuk saya. Saya masih tetap membuat kajian dan pada ketika itu dan pemiilihan saya berbalik kepada Canon atau pun Nikon. Kalau saya baca benang diskusi di forum-forum, ternyata orang Canon kata Canon bagus, orang Nikon kata Nikon bagus. Seperti yang saya perkatakan diawal tadi, berkenaan dengan product elektronik, hari ini Canon mengatasi Nikon, esoknya, Nikon pula akan mengeluarkan model untuk mengatasi Canon. Jadi perkara ini akan berlarutan tanpa penghujungnya. Dengan yang demikian, setelah mencuba kedua-dua jenama tersebut dan membuat satu keputusan. Keputusan ini besandarkan sebab-sebab seperti yang saya tulis diatas dan juga sebab-sebab tambahan seperti dibawah:

Saya dapati saya seorang "Fotografer", iaitu, saya lebih suka meluangkan masa lebih untuk mengambil gambar dengan tepat dari awal lagi. Ini merupakan satu disiplin yang saya dilatih sejak penggunaan kamera filem, dan sistem Nikon mudah memenuhi syarat ini. Saya juga akui bahawa saya bukanlah seorang "Fotografik", yang meluangkan lebih banyak masa dihapadan komputer untuk meng-edit gambar yang telah diambil. Tambahan lagi, saya begitu tertarik dengan kewujudan sistem CLS untuk sistem Flash mereka.

Berdasarkan hakikat ini, termasuk juga selera dan arah tuju fotografi saya, saya memilih untuk kekal bersama sistem Nikon. Apa yang saya lakukan sekarang ini ialah untuk meng-upgrade-kan sistem lensa saya (yang mana patut...) dan memberi lebih tumpuan untuk memantapkan lagi karya fotografi saya.

44 ulasan:

  1. DrF, Thank you for showing me your blog. May I link this?

    BalasPadam
  2. Of course Nazra... You may.
    Glad that you liked the content...
    Thank you for your visit and appreciation.

    BalasPadam
  3. memang menarik jalan kehidupan doc. ianya sebuah cerita untuk generasi seperti saya..dan saya juga ingin menghasilkan sebuah cerita untuk generasi akan datang. :)

    BalasPadam
  4. sebagai peminat Nikon, saya sependapat dengan doc :) .
    banyak info yg boleh dijadikan rujukan di sini. terima kasih doc atas kesudian membina blog untuk tatapan umum, terutamanya para peminat dalam fotografi.

    BalasPadam
  5. salam,trimas doc sbb blog ni bnyak mmbantu sy dlm bidng fotografi.sy nk ynya skit,boleh x doc tolong terangkan bagaimana nk hasilkan gambar yg menggunakan teknik sunshade,water drop,shadow,sunset,pant of view dan slow mode.apakah jumlah Aperture dan shutterspeed yg biasa digunakan untuk hasilkan gambar yg mnarik

    BalasPadam
  6. Salam Cicakman
    Ada beberapa faktor untuk menghasilkan gambar yang menarik. Komposisi subjek & pencahayaan merupakan faktor yang penting. Oleh itu, aperture dan shutter spped banyak bergantung kepada imej yang hendak dihasilkan. InsyaALLAH, saya akan cuba sediakan penerangan yang mana patut bagi pertanyaan anda.

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan utk Doc Faisal,

    Saya ingin bertanya beberapa soalan kpd Doc. Apakah jenis dan model camera digital yg saudara syorkan(anggaran RM800) utk saya beli? Utk pengetahuan Doc Faisal, ini adalah kali pertama saya mahu membeli camera digital kerana camera yg selama ini saya gunakan menggunakan 'filem' telah rosak.. Anak saya dah bising nak bergambar psl raya dah dekat ni.. Saya suka jenis yg banyak function dan gambar berkualiti..tapi la ni dah banyak sangat model dan brand smp 10mpx tapi harga lagi murah dari 7.1mp..itu yg buat saya confius tu.. Harap Doc dapat membantu..

    salam ikhlas,
    Sharil.

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan utk Doc Faisal,

    Saya ingin bertanya beberapa soalan kpd Doc. Apakah jenis dan model camera digital yg saudara syorkan(anggaran RM800) utk saya beli? Utk pengetahuan Doc Faisal, ini adalah kali pertama saya mahu membeli camera digital kerana camera yg selama ini saya gunakan menggunakan 'filem' telah rosak.. Anak saya dah bising nak bergambar psl raya dah dekat ni.. Saya suka jenis yg banyak function dan gambar berkualiti..tapi la ni dah banyak sangat model dan brand smp 10mpx tapi harga lagi murah dari 7.1mp..itu yg buat saya confius tu.. Harap Doc dapat membantu..

    salam ikhlas.

    BalasPadam
  9. Dr Faisal..

    Boleh x kalau saya menggunakan artikel Dr sebagai rujukan di blog saya serta di forum dengan menyatakan dari mana artikel tersebut di perolehi.

    p/s:
    di setiap post sy akan saya serta kan "artikel oleh - pengarang asal"

    BalasPadam
  10. Alhamdullah akhirnya saya ketemu juga ilmu fotografi yang ditulis didalam bahasa melayu,cara penyampaian Dr saya rasa amat mudah difahami,walaupun sebelum ketemu blog Dr ini saya pernah mengikuti kursus fotografi secara teori/praktikal.Tetapi cara yang Doc tulis ini cukup teratur beserta dengan pautan pautan yang diutarakan.syabass Doc semuga usaha Doc ini di berkati allah s.w.t.

    BalasPadam
  11. Sharil, sila lihat email yang saya hantarkan...

    brat, kalau untuk manafaat insan sejagat.. silakan.

    hazis, Alhamdulillah and terima kasih. Harap dapat membantu.

    BalasPadam
  12. salam doc faisal,

    1.ape mslh sy kalo sy xdpt tgkp pic yg warnanye xsama ape yg saya nmpak.
    2.adakah doc, menyediakan kursus pd new beginner mcm sy?

    terima kasih

    ajib (c_sawah@yahoo.com)

    BalasPadam
  13. DrF,
    Terima kasih kerana memberi pandangan Dr mengenai pilihan kamera Dr. Boleh dijadikan panduan untuk pemilihan kamera saya pada masa depan. Sekarang cuma pakai prosumer SuperZoom (ala-ala dSLR) sebagai asas utk belajar pasal fotografi nih.

    BalasPadam
  14. doc,

    apa kata doc tulis mengenai sony alpha pulak.

    dslr yang kian mendapat tempat sekarang.

    walaupun mendapat tempat, tp sy banyak dengar kritikan dari golongan yg professional mengenai alpha.

    BalasPadam
  15. Askum..
    apa pendapat Dr tentang focus point kamera nikon (D60 3FP) yang jauh lebih rendah berbanding dengan canon(1000D 7FP)? terima kasih...

    BalasPadam
  16. bagaimana pula dengan sony alpha a200k

    BalasPadam
  17. Tanpa nama, Maaf kerana tidak akan dapat memberi pandangan tentang Sony or Canon atay D60 disni sebab pemilihan kamera banyak bergantung pada citrasa peribadi. Seperti yang saya katakan di post yang lain, bukan kamera tetapi pengetahuan asas jurugambar itu lebih penting.

    BalasPadam
  18. wah bes jugak menuntut ilmu kek sini..
    tahniah cikgu noo...

    BalasPadam
  19. salam doc..
    teruja..sgt membantu..
    jika ada kelapangan bolelahkah saya membuat interview untuk asgmnt sy??
    doc menjadi tempat rujukan saya mencari ilmu untuk photography ni..terima kasih:)

    BalasPadam
  20. salam doc..
    teruja..sgt membantu..
    jika ada kelapangan bolelahkah saya membuat interview untuk asgmnt sy??
    doc menjadi tempat rujukan saya mencari ilmu untuk photography ni..terima kasih:)

    BalasPadam
  21. lunimahaz... Nak interview??? Itu tak de masaalah, tapi harus anda harus tahu yang saya ni bukan pro, cuma pengguna baisa jer...

    BalasPadam
  22. suatu ulasan yg mantap... sy suka & setuju dgn apa yg DrF nyatakan... alasan penggunaan yg logik & bukan berasaskan emosi...

    BalasPadam
  23. salam buat Dr Faisal & keluarga

    sy pun pernah menjadi Canon user bulan April yg lepas, model 1000D

    mmg saya akui ianya kurang mesra pengguna sifatnya & dr segi design pun Canon tidak membuat bersungguh2 (maksud saya terlalu basic dan byk button pd kamera tersebut agak sukar dicapai)

    tetapi berbeza dgn Nikon (yg sy gunakan ketika ini, D90), yg mana bg sy 90% perfect dn menepati citarasa sy

    tp ingin sy kongsikan di sini bhwa lens original nikon lebih murah berbanding lens Canon...tetapi murahnya bukan tidak berkualiti tetapi made in thailand or China sedangkan lens Canon made in Japan

    apepun yg terbaik adalah anda rasai sendiri kamera DSLR (nikon / canon dsb) dan mana yg sedap tekan dan mesra pengguna, itu yg anda pilih.....

    BalasPadam
  24. Doc, thanks sbb sharing about this. My husband br menceburi bidang ni n 9&10/10 ni 1st projek dia shoot weeding pic. bile sy suh bce blog doc ni..dia sgt suke n lbh struggle study tntang nikon..

    BalasPadam
  25. DrF..Thanks shanring about this. My husband dpt 1st projek tuk weeding photo shoot on 9-10/10 ni. Bile sy tunjuk blog DrF, dia suke sangat n lbh struggle study about nikon...

    BalasPadam
  26. assalamualaikum doc..saya ingin bertanyakan sesuatu...Saya baru dapat peluang untuk shoot gambar budak sekolah tadika graduation..

    dimana saya boleh mendapatkan backdrop gambar rak buku macam yg selalu digunakan untuk potret graduation..saya dah cuba mencari di kedai2 gambar & syarikat percetakan..tapi diaorang takda..

    kalau doc nak reply..sila send ke email saya.. rimbunphotography@gmail.com

    harap dapat bantuan dari doc..terima kasih banyak2

    BalasPadam
  27. Salam doc,
    saya pengguna baru Nikon D5000,
    boleh bg tips2,web2 atau bahan bacaan utk saya explore D5000 nih, byk ilmu saya dapat lepas baca blog nih, thanks alot..

    BalasPadam
  28. Salam Doc,

    Saya ingin memulakan semula hobi saya yang dah lama terhenti. Saya sebelum ini menggunakan Canon 500N (filem). Dan sudah biasa dengan SLR.

    so, sekarang saya bercadang untuk membeli SLR digital yang baru. Pilihan Saya samada Canon 7D, 500D atau Sony Alpha A550.

    Bagi saya, video adalah satu yang tidak penting tetapi bonus sekiranya ada. Kelajuan persaat juga tidak berapa perlu kerana saya jarang mengambil subject yang berkelajuan tinggi.

    Yang penting adalah mutu gambar.

    Harap Doc dapat memberi sedikit pandangan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  29. Sdr Shahnon,
    Bagi pendapat saya, kedua-dua kamera yg disebutkan diatas, ada kebaikan & kekuatan masing2. Seperti saya perkatakan, pembelian sesuatu kamera bukanlah sekadar body, tetapi suatu sistem. Saya sarankan sdr membuat budget mengenai harga aksesori dan lensa... dan buat keputusan berdasarkan keperluan anda.

    BalasPadam
  30. salam doc..
    sy baru nak mula dgn slr ni, but i'm still a student. Saya nak pergi jauh lg dlm bdg ni, dan bukan suka-suka shj. Bg org yg baru macam sy ni, ramai juga yg cdgkn saya utk pilih nikon d80s. Tapi adakah ia berbaloi utk sy yg baru nak mula? Adakah lebih baik yg murah atau yg lebih mahal utk sy mulakan? as what i said before, i'm a new beginner..tak tahu sgt and i do really need your opinion abt this..then i try 2 get it next year..so how's doc..till then,
    thanks doc..

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum Doc,saya bersyukur kerana terjumpa blog Doc..saya nak study kat blog Doc boleh..memandangkan banyak blog yg saya lawati,rata-rata banyak yg terselindung berbanding blog Doc yg saya rasa lebih jujur dalam memberi ilmu kepada umum.Semoga ilmu yg dimanfaatkan oleh orang lain ini akan jadi bekalan yg terus berpanjangan walaupun Doc dah tiada nanti..saya mula nak berjinak2 dengan dunia foto ni sejak umur saya 14 tahun...sekarang dah masuk 30 an..tapi mula serius dalam fotographer ni seawal tahun 2008,sebab nak cari hobi yg konsisten dan ada kepuasan.Saya juga penggemar Nikon Doc..tapi saya guna Fuji finepix la pulak...insyaAllah ada rezeki saya sambar satu nikon dslr dan izinkan saya berguru dengan Doc..terima kasih.
    www.zonjuly.blogspot.com

    BalasPadam
  32. salam..
    nama sy muhammad..
    doc faisal,maaf mengangu..sy baru berjinak2 dalam fotografi dan berniat untuk serius dalam bidang nid
    bagaimana dengan nikon d40x dengan nikon l100?
    harga pun kena dengan bajet sy.
    , dah survey, mcm minat je kat 2,2 ni.. boleh minta pendapat doc x?

    BalasPadam
  33. salam dr faisal, nama saya zulkifli. saya memuji usaha dr membuat blog begini. i) saya nak tahu samada kamera saya Nikon D5000 sesuai untuk aktiviti sukan dan wild life?. ii) adakah lensa Nikkor yang lebih mahal drp tamron dan sigma memberikan imej yang lebih baik & lebih berbaloi dengan harganya? iii)Saya juga memiliki fujifilm S200EXR yang cukup mudah digunakan dan menghasilkan gambar yang baik, cuma bukan DSLR sajalah, apa pendapat dr berkenaan kamera ini?

    BalasPadam
  34. salam... boleh saya link artikel di blog...

    BalasPadam
  35. thank god I read dis blog..sya br sja bercadang utk membli kamera SLR.Tp sya bgitu mngharapkan kamera yg standing dgn duit yg bakal d labur..blum pernah mncuba, minat fotografi hnya dpt d luah melalui camera digital yg biasa..suami ingin mnghadiahkan SLR bg memenuhi minat sya..apakah nikon D90 sesuai dgn citarasa sya yg sukakan alam semulajadi..

    BalasPadam
  36. akhirnya setelah sekian lama mencari,sy berjumpa blog mngenai DSLR yg ssuai utk org2 mlayu..thanks dr faisal..gud job..

    BalasPadam
  37. salam... saya nak tanya doc.. kalau kamera fujifilm finepix s200 exr tu ok ker kualiti dia? sebab kemera ni senang utk diguna.. apa pendapat doc?

    BalasPadam
  38. great....idea yang menarik

    BalasPadam
  39. sokong....
    nikon mmg best..saya pnah pakai canon n nikon...
    lasts2 saya jual canon jerr...sbb malas nak editing...
    nikon mmg best...
    sony just for beginner n adik2 tadika ja..hahahah
    jgn marah yer pengguna sony

    BalasPadam
  40. assalamualaikum Dr F,

    terlebih dulu didoakan DR F berada dalam keadaan sihat. saya mempunyai Body D90. saya bercadang untuk gunakan 35mm carl zeiss untuk D90 saya. menurut DR, apakah kombinasi itu membantu utk hasilkan gambar yg baik?

    BalasPadam
  41. doc..tmpg tya..saya pkai nikon d5000..knp knkdang saya amek gmbr..wrna yg dhasilkn berbeza ngn yg sbnr...contohnye saya amek gmbr baju wrna purple jd wrna biru..mcmmna nk jdkn warna tu exactly mcm yg sbnr???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama... warna nie banyak faktor yang mempengaruhi.. i) Setting Kat Kamera - Picture Quality (vivid/softness dll); juga white balance - auto kadang2 tak cukup, kadang2 kena buat manual wb setting... ii) Monitor kita - calibarate atau tidak? Sebab kadang2 warna kat monitor kita lari selepas beberapa minggu... so kena check monitor calibration selalu iii) software colour management - kadang2 setting kita tak betul terutama kalau guna photoshop...
      Cadangan - cuba shoot RAW image lepas tu view kat viewfinder, kemudian transer ke computer - check guna Nikon View (tapi pasti kan monitor tu telah dicalibrate)...

      Padam
  42. doc..tmpg tya..saya pkai nikon d5000..knp knkdang saya amek gmbr..wrna yg dhasilkn berbeza ngn yg sbnr...contohnye saya amek gmbr baju wrna purple jd wrna biru..mcmmna nk jdkn warna tu exactly mcm yg sbnr???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naim... warna nie banyak faktor yang mempengaruhi.. i) Setting Kat Kamera - Picture Quality (vivid/softness dll); juga white balance - auto kadang2 tak cukup, kadang2 kena buat manual wb setting... ii) Monitor kita - calibarate atau tidak? Sebab kadang2 warna kat monitor kita lari selepas beberapa minggu... so kena check monitor calibration selalu iii) software colour management - kadang2 setting kita tak betul terutama kalau guna photoshop...
      Cadangan - cuba shoot RAW image lepas tu view kat viewfinder, kemudian transer ke computer - check guna Nikon View (tapi pasti kan monitor tu telah dicalibrate)...

      Padam