Exposure

Expoure secara asasnya merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor kamera berdasarkan pemilihan aperture dan shutter speed. Efek keatas exposure ini juga bergantung kepada sensitiviti (sensitivity) film atau sensor yang diguna pakai. Exposure yang dipilih berdasarkan kombinasi nilai aperture, shutter speed dan sensitiviti lazimnya dikenali sebagai nilai exposure atau "Exposure Value" (EV).

Nilai 0 (kosong) atau Zero EV ini ditafsirkan sebagai satu kombinasi dimana nilai aperture (aperture) pada F/1.0, nilai shutter (shutter speed) pada kelajuan 1 saat (1s) dan nilai sensitiviti pada ISO 100. Harus diingatkan bahawa, penggunaan sensitiviti ini secara teknikalnya digunakan untuk penggiraan nilai cahaya atau "Light Value" (LV). Walaubagaimana pun untuk memudahkan pemahaman dan menunjukkan bahawa nilai sensitiviti (ISO) mempunyai pengaruh keatas penggiraan nilai exposure atau exposure value (EV), ISO diambil kira dalam penjelasan ini.

Oleh yang demikian, jika seseorang pengguna mengurangkan jumlah cahaya pada filem atau sensor (seperti dengan menambah nilai shutter speed atau menamabah nilai aperture), ia akan menambahkan lagi nilai exposure EV. Sebagai contoh, misalannya pada shutter speed 1/125s dan apreture pada F/4 dan nilai exposure adalah 6 EV, jika kita menukarkan shutter speed kepada 1/250s dengan mengekalkan aperture pada F/4, nilai exposure baru kita menjadi 7 EV. Begitu juga, jikalau kita kekal pada shutter speed 1/125s dan menukarkan aperture dari F/4 ker F/5.6. Sila layari sumber asal dibawah ini untuk mencuba kalkulator EV.

Nilai exposure tinggi atau High EV kebiasaannya digunakan didalam keadaan cerah dimana kita berkehendakan jumlah cahaya yang sikit untuk mengelakan overexposure.

Sumber Asal: dpreview

1 ulasan:

  1. sy cuba set aperture f/4 dan shutter 1/250. tp kenapa gelap ? macam mana nak bagi light tanpa flash ? tq

    BalasPadam