RULES of THE THRID (ROT) dalam fotografi bukanlah satu undang-undang mutlak tapi lebih merupakan satu panduan bagi fotografer untuk membuat sesuatu komposisi imej. Kewujudan ROT ini bertujuan untuk membuat sesuatu imej, yang merupakan sesuatu komunikasi visual, lebih effektif. Efektif dalam erti kata berkesan dengan mempunyai kekuatan dan jelas fokusnya. ROT menyatakan bahawa sesuatu imej itu boleh dibahagikan kedalam 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan melintang dan 2 garisan menegak dengan keluasannya yang sama, seperti ditunjukkan pada rajah dibawah.
Empat (4) titik (kadangkala dirujuk sebagai "titik kuasa"") yang terbentuk pada penemuan garisan ini boleh digunakan sebagai fokus atau subject utama didalam sesuatu imej. Ada kajian mengakatakan bahawa, dengan menggunakan teknik ini, gambar atau imej yang dihasilkan akan menjadi lebih "fokus" dan lebih "bertenaga", daripada hanya meletakkan subjek utama di tengah-tengah sesuatu gambar atau imej. Gambar-gambar berikutnya boleh digunakan sebagai contoh bagaimana seseorang boleh mengaplikasikan ROT ini.
Contoh #1
Gambar ini menunjukan bagaimana subjek utama, iaitu budak kecil ini diletakkan pada titik kuasa disebelah kanan dan menguasai 1/3 ruang sudut di sebelah kanan. Pada waktu yang sama, selebihan 2/3 ruang disebelah kiri menunjukan ruang jambatan dimana kejadian itu berlaku sebagai background dan jalan cerita. Harus diingatkan bahawa, subject utama tidaklah semestinya diletakkan diatas titik atau gasrisan tersebut, tetapi memadailah jika ia berada disekitar kawasan titk tersebut. Ini boleh dilihat dengan jelas pada contoh #2 seperti dibawah.
Contoh #2
Lihat bagaimana subjek utama menguasai 1/3 ruang disebalah kiri dan 2/3 backgroundnya jelas disebelah kanan. Walaupun ada teknik-teknik lain dalam penghasilan imej landskap (yang bakal saya bincangkan didalam bab lain), teknik ROT dan pembahagian ruang ini juga banyak digunapakai dalam penghasilan sesuatu imej landskap seperti ditunjukkan dalam contoh #3 dibawah.
Contoh #3
Pada imej ini kita dapati bagaimana 1/3 ruang dibawah digunakan untuk menunjukan "lead line" dan horizon, sementara 2/3 ruang selebihnya diatas digunakan sebagai background dan langit yang biru. Disini kita dapati, masjid & menara bukanlah terletak pada "titik kuasa" tetapi masih diletakkan pada 1/3 bahagian bawah dan berada disekitar garisan dan titik itu juga. ROT ini juga boleh diguna pakai dalam penghasilan imej portret manusia seperti contoh #4 dibawah.
Contoh #4
Disini, dapat kita lihat bagaimana ROT diaplikasikan untuk imej portret. Lazimnya, mata seseorang itu diletakkan pada garisan 1/3 atas dan badan mereka akan memenuhi 2/3 ruang dibawah.
Sebagimana yang saya jelaskan diatas, ini bukanlah hukum atau undang-undang mutlak, tetapi sekadar panduan. Ada sesetengah pendapat mengatakan ROT ini menyekat kreativiti sesorang fotografer dan kita harus cuba menghasilkan imej yang bertentangan dengan panduan ROT ini. Ini amalan yang sihat, walaubagaimana pun, kita harus peka dan tahu akan ROT ini sebelum kita hendak menghasilkan sesuatu imej yang bertentangan, tak gitu..? Janganlah bila ada orang bertanyakan tentang imej kita, kita kata kita tak ikut ROT dan bila orang minta penjelasan dengan lebih lanjut, kita ternganga-nganga...hahahahha.
Contoh #5:
kredit Ahmad Farhan, anak saya sebab mengizinkan saya guna image dia.
Sebagai contoh, imej kelima #5 ini tidaklah mengikut ROT sepenuhnya, tapi ia masih berkesan kerana penggunaan kontrast warna yang berkesan, dimana putih menjadi fokus utama dan yang warna lain sebagai background atau penyedap mata sahaja. Contoh #5 ini merupakan bagaimana sesorang itu hendak "break the rules (ROT)" dan faham perihal asas komposisi semasa hendak "break" ROT.
tq doc. really appreciate it. baru paham terutama bhgn Potret(Contoh #4) tuu.. :D
BalasPadamTerima kasih kembali En Desa.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ilmu anda itu. namun saya ingin bertanya kenapa doc faisal suka guna background hitam pada kedua2 blog doc faisal?
BalasPadambagaimana ambil gambar ramai dalam satu frame yang cantik dan jelas
BalasPadamdoc,
BalasPadambagaimana ambil gambar ramai-ramai(20 orang) dalam satu frame yang cantik
Cantik & jelas bagi gambar berramai-ramai banyak tertakluk kepada motif gambar dan pencahayaan imej. ROT mungkin/munkin tidak... tertakluk kepada apa yang anda inginkan.
BalasPadamdoc saya gunakan nota doc untuk saya gunakan dalam nota composiition untuk program back2basic
BalasPadamregards
buttet
- kes malas buat nota ekekekke
ok...
BalasPadamdoc.. agak susah nak membayangkan garisan semasa menangkap gambar. bagaimana ye?? hehe..
BalasPadamDr, dengan mengekalkan bukaan F yang tetap yang terdapat pada fast lens, gambar kita kelihatan detail terutama apabila bokehnya naik, contohnya pada F2.8 yang tetap pada fast lens. Boleh ke lens zoom yang mempunyai range F3.5-5.6 ditetapkan dengan memberi prioriti kepada bukaan menghasilkan imej yang sama dengan fast lens ?
BalasPadamSalam ,.... mungkin sy terlewat melihat web Doc. Sy sangat suka dengan komen2 doc. Doc ikhlas sekali. Sy tak pandei ambil foto lagi. Tapi banyak terima kasih ya doc.
BalasPadam