Kamera apa untuk saya?

Soalan ini kerap ditanya oleh mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia fotografi.


Jawapannya bukanlah semudah atau sesukar yang disangkakan. Jika kita bertanyakan orang, mereka akan mengatakan:
  • Kamera atau jenis kamera yang mereka miliki atau ingin memiliki adalah kamera yang terbaik. Ini disebabkan oleh sifat manusia itu sendiri yang cuba untuk menyedapkan hati sendiri dengan apa yang telah di belanjakan atau
  • kerana teracun oleh iklan dan promosi yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kamera atau.
  • Tokei kedai yang cuba menjual jenama yang mana mereka akan mendapat lebih komisyen dari agent atau pengedar.

Oleh itu, bagaimanakah seseorang individu itu hendak membuat pilihan? Untuk membuat pilihan tentang jenama atau jenis kamera yang ingin dimikli, setiap individu harus menyoal diri sendiri beberapa soalan asas yang penting sebelum mencapai keputusan. Soalan-soalan asas adalah seperti berikut, tidak kira samada film atau pun digital SLR:

Soalan #1: Sejauh manakah penggunaan kamera ini? Adakah


  • (a) saya hanya membeli sebuah kamera untuk merakamkan imej ahli-ahli keluarga seperti anak, cucu, datuk nenek dan sebagainya dan juga imej percutian keluarga hanya untuk kenangan ATAU
  • (b) saya suka mengambil gambar sekadar hobi sahaja tapi nak gambar kaw-kaw; ATAU
  • (c) saya ingin menjelajah lebih jauh didalam dunia fotografi dan mungkin mejadikan fotografi ini salah satu daripada sumber rezeki dimasa akan datang.

Jika saya berada didalam kategori (a), mudah! klik sini. Kalau saya rasa saya ni berada didalam kategori (b), agak mudah juga! sila klik sini. Akan tetapi, jika saya berada didalam kategori (c) macam mana? Ini ada berat sikit, lagilah penting untuk membuat pilihan yang tepat, sila klik sini.

Soalan #2: Gambar yang macam mana yang saya nak ambil?

Jika kita dah jawab soalan #1 dan dah sure tentang kategori mana kita nak duduk, tanya pulak, gambar jenis apa yang kita minat sangat nak ambil? Ini penting sebab, ia akan mempengaruhi system yang bakal dipilih. Terdapat juga segolongan dari mereka yang membeli lensa, tapi amat kurang menggunanya sebab, minat mereka tidak memerlukan lensa tersebut. Jadi dudoklah lensa atau kamera tersebut didalam peti simpanan. Rugi!!!

Apa-apa bidang dalam dunia fotografi ini, untuk pengguna kamera digital (DSLR), hanya dua perkara sahaja yang kita kena peka. Iaitu [1] Kemampuan kamera seperti megapixel-nya (MP) dan [2] Lensa yang bakal digunakan. Oleh kerana megapixel dizaman ini sudah boleh melebihi 10MP, perkara [1] sudah tidak menjadi isu yang besar sangat. Bagi pengguna DSLR dalam kategori (b) diatas, apa-apa yang lebih dari 6MP sudah dikirakan baik. Cuma kalau nak lagi jelas, carilah yang pixel-nya melebihi 10MP, tapi kena sunggup keluar duit lah....

Banyak juga kita dengar orang bercerita tentang betapa bagusnya jenama Canon, Nikon, Olympus, Pentax dan sebgainya. Kita juga kerap membaca diskui-diskusi tentang spesifikasi yang mana lebih baik dari satu antara yang lain. Walaupun ada kebaikan dari segi pengetahuan, kadang-kala ini sebenarnya kurang membuahkan hasil! Yang dok bercerita lebih-lebih tu pun bukannya pakai kamera yang mereka sebut-sebutkan tu....

Ini membawa kita kepada isu [2], iaitu pemilihan lensa. Tak guna kalau kita beli kamera semi-pro atau pro-level, tapi dok pakai lensa jenama third-party seperti Tamron, Tokina, Sigma dan lain-lain. Bukannya tak bagus, lensa jenama ini bagus dan saya pun ada guna lensa-lensa seperti ini; tapi janganlah kita terikut-ikut dengan pemilihan badan kamera sahaja yang beribu-ribu ringgit tapi kurang peka dengan penggunaan lensa. Padahal, lensa memainkan peranan yang sangat penting dalam kualiti sesuatu gambar. Jadi kita harus imbangkan perbelanjaan badan dan juga lensa. Ini berbalik kepada jenis gambar apa yang kita suka sangat nak ambil. Adakah saya suka sangat nak ambil gambar aktiviti sukan (SPORTS) atau kehidupan liar(WILDLIFE), ambil gambar pemandangan,lanskap(LANDSCAPE),atau mengambil gambar potret. (PORTRAITURE)?

Soalan #3: Berapakah wang yang kita sanggup keluarkan?

Inilah soalan cepu-mas bagi hari ini. Soalan ini kerap ditanya oleh rakan-rakan yang kita bertanya ataupun towkey kedai, Berapa budget...? Harus diingatkan, apa-apa pun kategori kita (a),(b) atau (c) semuanya memerlukan wang. Walaupun sebagai hobi, segala apa hobi pun memerlukan perbelanjaan. Bagi mereka yang suka memancing pun ada joran atau sistem jorannya menjangkau ribuan ringgit! Jadi harus kita ingat yang kita kena buat persediaan untuk belanjawan; bukan sahaja dari pembelian kamera, tapi juga dari segi lensa, filem, kos prosess filem, printing, komputer, perisian komputer, hardisk, backup DVD dan sebagainya. Kalau kita menggunakan kamera yang megapixelnya tinggi, storage space di hardisk pun kena besar, memory komputer pun kena tinggi kalau tidak, komputer lembap! Oleh itu, bersedialah untuk membuat bajet, tapi jangan berbelanja melebihi apa yang mampu. Jangan sebab orang kata yang itu elok, kita beli, yang ini elok kita pun beli, padahal orang yang dok kempen tu pun tak beli... heheheh

Sebagai kesimpulannya atau moral of the story,

  • ketahuilah dahulu selera kita dalam dunia fotografi ini,
  • buat kajian mengenai system kamera yang boleh memenuhi citrarasa sendiri. Banyak ruangan internet yang boleh kita cari. Rajin-rajinlah mencari. Disebabkan banyak laman web menggunakan English, kita terpaksalah rajin bertanya pada rakan-rakan kita yang jujur tentang apa yang diperkatakan dalam English tu. Dari situ, kita dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang sistem manakah yang boleh menampung perkembangan minat kita. Bukan semua pengeluar ada membuat lensa seperti 600mm yang saya ceritakan dalam bab wildlife tu. Dari situ, kita akan dapat ilham sedikit...
  • Buat perbandingan dari segi spesifikasi dan juga kosnya mengikut kemampuan sendiri. Tak guna nak banding dengan benda-benda yang menggunung kalau bajet kita busut pun tak nampak..hehehehe. Berbelanjalah mengikut arah tuju yang ingin kita capai. Bak pepatah melayu, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
  • Pergi kedai dengan kawan dan mintak cuba model-model yang telah diperbandingkan tadi. Saya sebut ajak kawan, sebab kadang-kadang kedai kat Malaya ni pelik sikit! Nak cuba-cuba ni kadang-kadang dia orang tak layan. Jadi ajak kawan yang biasa dengan towkei kedai tu, senang kita nak mintak demo dan senang juga nak tawar menawar. Tengok dan rasa model mana yang sesuai atau serasi dengan tangan kita. Bak kata orang putih, "feeel the camera..."
  • Akhir sekali, apa-apa jenama kamera pun bagus, tetapi pilih mengikut bidang apa yang diminati, belilah sesuatu system yang menepati citrarasa dan fokus-kan usaha untuk mendapatkan imej yang dikehendaki menggunakan setting asas yang betul, juga teknik dan lensa yang sesuai.

Selamat Maju Jaya dan rajin-rajinlah menziarahi bolg saya ini untuk maklumat-maklumat lain.

26 ulasan:

  1. Ni advanced Dr, Kalau org tu tatau nak beli camera mana, ada kemungkinan tatau ape tu fps or beza 35mm lens ngan 35mm film for that matter:)Saya sokong the fact that the prospective buyers should "feeel the camera.." instead of buying to compete with the Jones.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Joetosan atas komen anda. Untuk makluman, saya adakan sub-link seperti format, lensa, aperture dan lain-lain bagi mereka membuat rujukan.

    BalasPadam
  3. saya newbies dlm fotografi nie..
    saya berminat ingin membeli nikon d60 sebagai kamera permulaan..
    adakah sesuai untuk saya kamera jenis ini sebagai org baru dlm fotografi

    BalasPadam
  4. Hi lee Seperti saya perkatakan diatas, dari segi teknikal dan sistem keseluruhannya, Nikon D60 tidak ada masalah unutk newbie. Cuma, saya berharap anda dapat mencuba model itu terlebih dahulu dan merasa "comfortable" menggunakannya sebelum membeli.

    BalasPadam
  5. hari tu saya ada tgk dan try d60 tu mmg ok sbb comfortable dr segi saiz dan penggunaannya..
    memandangkan harga agak mahal mencecah rm2500 terpaksa ditangguh kejap pembelian..
    terpandang juga kamera jenis fujifilm
    kalau x silap f5600 kot semi slr
    harga cuma rm800 ja..
    jd pening gak kepala pikir yg mn ok bg newbies nie..
    sbb promoter tu kata ada yg guna jenis murah pun boleh menang gambar terbaik..janjji pandai edit katanya..
    entah betul atau tidak

    BalasPadam
  6. Ada kebenaran kata promoter tu, komposisi, pencahayaan dan tahu akan limitations kamera tu dapat menghasilkan imej yang baik. Akan tetapi, seperti saya tulis diatas, kemana selera fotografi anda. Adakah sedakar mengambil gambar untuk kenangan atau serious amature. Jika hendak menjelajah lebih jauh, sistem yang boleh tukar lensa (wide angle, telephoto, macro dsb) mungkin menjadi pilihan yang lebih baik. Tapi ini pandangan saya sahaja...

    BalasPadam
  7. Walau pun artikel nya ringkas, tapi padat dengan perkara-perkara penting yang patut diberi perhatian. Terima kasih doc.

    Untuk pengetahuan doc, saya memang bercadang untuk mendapatkn satu sistem kamera yang sesuai untuk penggunaan harian & mungkin menjadikan ianya satu punca rezeki pada masa akan datang. Tapi mungkin bukan pada wedding atas kekangan masa di hujung minggu & faktor kerja. Untuk pengetahuan doc, saya baru mula bekerja dalam line perubatan. Dan berdasarkan ini, saya ada terfikirkan alangkah baiknya kalau saya dapat aplikasi kan pengetahuan saya (eg: human anatomy) ke bidang photography. Mungkin pada biomedical photography, etc. Tetapi, nampak gayanya sukar utk saya dapatkan maklumat tentang biomedical photography,etc di negara kita.

    Persoalan saya,
    1. Apakah pendapat doc tentang sistem / peralatan yg sesuai utk aplikasi ini? (macro lens utk specimen ke, ring flash ke, tak perlu 6fps dslr body since utk aktiviti dalam operation theater ke, etc).

    2. Apa pendapat doc tentang industri fotografi dalam bidang perubatan? Adakah ia mudah untuk ditembusi, diceburi?

    3. Adakah doc mempunyai apa2 maklumat tentang industri ini / maklumat perseorangan yg boleh saya rujuk untuk mendapatkan maklumat2 ini?

    Maaf atas ulasan & pertanyaan yg terlalu panjang =)

    jakethijau@yahoo.com

    BalasPadam
  8. Hi Fiq,

    A1. Jawapan saya mungkin berbau berat sebelah. Akan tetapi, ternyata sistem Nikon dapat memenuhi citrarasa Fiq, malah terdapat produk-produk keluaran Nikon yang "high end" dalam medical imaging. Satu lagi sistem yang tidak kurang hebatnya ialah Olympus. Malah endoscope keluaran Olympus banyak digunakan oleh pelbagai industri.

    Saya cadangkan Fiq buat search berkenaan alat seperti specimen glass, scanner, microscope untuk penggunaan medical di http://www.nikonusa.com/ atau di website olympus.

    Q2. Fotografi dalam industri ini di Malaysia bagi saya masih belum matang. Cuma research centre yang mempunyai modal yang tinggi sahaja boleh menceburi industry ini. Walaubagaimana pun, jika ada kebolehan dan juga pembiayaan, semua boleh jadi. Terpulang pada diri sendiri.

    A3 Dua tahun sudah, ada ada buat penyelidikan untuk seorang klien yang inginkan sistem sebegini. Malah, supplier dia pun ada di Lembah Klang. Malangya, detailsnya entah kemana... Nanti saya usahakan untuk menyemak fail2 lama saya dan update fiq berkenaan perkara ini, insyaALLAH.

    Harap dapat membantu.

    BalasPadam
  9. salam..

    blog yg begini sgt lah bagus.. terima kasih utk dr.

    saya pun masih baru dlm bidang photog ni.. saya ingin tambah satu lg point, sekiranya sahabat2 yg berkeinginan membeli dslr, tgk lah kawan2 disekeliling anda mengguna jenama apa.. sekirinya nikon, ambik lah nikon.. mudah utk bertanya kalau tak faham berkenaan dslr tersebut..

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. terima kasih.. memang info yang sangat2 berguna

    BalasPadam
  12. saya dah terbeli sony a300k. apa pandangan doc tentang model ini..? dan saya adalah newbie

    BalasPadam
  13. saya tak sangka dalam penerawangan saya di enjin carian mengenai 'teknik fotografi', terjumpa blog doc. dan hasil pembacaan disini, saya berpuas hati dan ingin terus merujuk.

    saya sebenarnya masih baru dan baru sahaja jatuh cinta dengan dunia fotografi. saya menerima hadiah dari seorang kawan, SONY DSC-H1. walaupun ianya bukan kategori pro-level tapi saya berpuas hati.

    ia perlu satu generated antara kamera yang digunakan dan skill pada individu itu sendiri.

    BalasPadam
  14. saya cuma suka d60 dan jenama sony a350.. yang manakah yang menarik berdasarkan harga yang tidak jauh bezanya.. tujuan saya membeli dslr adalah untuk belajar

    BalasPadam
  15. um..oke,all these still doesn't answer the question of kamera ape nk beli. sy xla brape phm about function2..n ape2 je..so,suppose i'm a beginner photographer or shud i say budak mentah baru belajar ,amek galah tolong ketokkan..wht type of camera shud i buy?any suggestion or particular brand or models. n how cheap can a DSLR cost?( i am talking about kamera yg paling murah disini)that shud set the standard for budgetting.

    BalasPadam
  16. Salam..
    Saya masih baru dlm bidang ini..Still guna semi dslr Fuji Fine pix s9500 dgn lense 28-300mm.setakat ni lbh krg 10 job wedding telah saya bereskan. Skill dlm f/shop pun asas2 je..dan cukup makan.Rasanye customer puashati tambahan harga saya cukup ekonomi.. Cuma masalahnya saya rasa belum puas selagi belum gunakan dslr sebenar..nak rasa feeeel dia. Sasaran saya Nikon but budget agak ciput.. maklumlah keje sorang..anak 4..rumah..kete..bla..bla..bla.. hasil wang part-time pun setel camtu je. So pada pendapat doc..apa model Nikon yang sesuai? Hajat d90 but mahal sangat.. macamana dengan d70 2nd hand... ok x?

    BalasPadam
  17. salam buat semua sahabat
    saya baru terbeli kamera nikon collpix p90. soalan saya knp sesetegah emej tu ader yang cun ader yang blur n ader yang gelap sedangkan sya mode yang same je iaitu guna kan auto je...adakah kena ada bnyak2 seting lain tlong ajar kan..


    jakrazak@yahoo.com

    BalasPadam
  18. Doc..ada problem..i used D60 tapi tergedik-gedik nak tukar ke D90 atau D300 sebab start to get serious in this line..apa pandangan encik? tangan haluih je sebab badan saya pun kecik..pompuan kan..betul tak percaturan saya ni

    BalasPadam
  19. thank doc... terus usaha membantu dengan blog bahasa melayu seperti ini. tapi doc cam dah senyap je..

    BalasPadam
  20. hye..
    sy nak tnya d90 and canon 450d mane bagus???

    BalasPadam
  21. assalamualaikum..
    doc..
    thanks coz buleh berkongsi ilmu di blog ini..
    sy juga peminat SLR..
    sy ni dlm kategory B..
    sdg mengumpul sumber keuwangan utk mdptkan SLR..
    harap dlm pemghujung thn ni sy perolehi SLR yg sy ingini...
    model belum pasti lg..
    kn bnyak membaca lg..
    maklum lah ilmu msh kurang..
    jika ada sbrg cdngan silakan ea..
    k..
    assalamualaikum

    BalasPadam
  22. Bagi saya, membeli camera dan lens adalah mengikut naluri diri sendiri..tidak adil mengatakan seseorang itu membazir membeli camera atau lens yang dia suka...itu hak masing-masing ler..

    BalasPadam
  23. salam..what do you think about digital camera?
    saye ade gune digital cam,olympus..
    kdg2 rse x puas hati dgn gmbr yg di snap,how to improve that?=)

    BalasPadam
  24. 1.Camera apa yang sesuai untuk saya yang tidak berapa mahir ini...?
    2.Berapa harga camera nikon L110 ?
    Dr.Faisal...
    Boleh lihat gambar saya pernah saya ambil melalui blog saya http://zmah-ceritaku.blogspot.com ,dan minta Dr. kemukakan pendapat....

    BalasPadam
  25. dueng berkata...
    salam doc, saya ni baru je nak belaja2 ngan alam amik mengamik gambar ni... saya minat tapi takde ilmu... sekarang saya pakai 1000d... tu yang termampu takat nie... apa yang 1st step saya perlu belajar dulu?

    BalasPadam
  26. Salam,

    Sekadar bertanya pendapat tentang Sony Alpha A35. Sebab saya berminat dengan dSLR yang ada video.

    BalasPadam