Aperture

Aperture merupakan saiz bukaan pada lensa. Ia menentukan jumlah cahaya akan masuk kedalam kamera, yakni filem atau sensor. Saiz bukaan ini lazimnya di control oleh aperture baldes yang menyerupai sekeping diafram didalam lensa. Saiz bukaan aperture ini juga mempengaruhi exposure dan depth of field (DOF) sesuatu imej.

Seperti juga increment yang terdapat pada kelajuan shutter (shutter speed), bukaan aperture juga mempunyai increment-nya tersendiri. Pada kebiasaannya, saiz aperture (ia itu diameter) ini membesar atau mengecil dengan increment faktor 1.4. Oleh itu, bukaan aperture adalah separuh (1/2) pada setiap increment seperti ditunjukkan pada rajah dibawah.


Tanpa membincang dengan lebih mendalam kiraan untuk aperture (metamatik), memadailah kita mengetahui bahawa aperture biasa di rujuk atau disebut dalam format F-stop sebagaimana yang kerap diukir pada badan lensa. Gambar dibawah menunjukan bagaimana skala F-stop yang dibincangkan diatas diukir pada aperture ring (yang digunakan untuk mengubah saiz apeture) pada sesebuah lensa pada awal zaman 60an.


Walaupun pada zaman ini, saiz apeture diubah dengan menggunakan dail pada badan kamera, namun prisipnya tetap sama.

Sebagai contoh jika siaz aperture ialah F/4, satu stop kearah mengecilkan siaz aperture adalah F/5.6 (4 x 1.4=5.6). Ini bermaksud, hanya separuh dari cahaya pada saiz F/4 akan masuk kedalam kamera (filem atau sensor). Begitu juga dengan sebaliknya, satu saiz kearah membesarkan saiz aperture adalah F/2.8, terdekat(4/1.4=2.85). Harus diingatkan bahawa, lebih besar nombor F-nya, lebih kecillah siaz bukaan aperture tersebut.

Jadi soalanya, bagaimanakah rupa bentuk aperture ini? Gambar dibawah menunjukkan contoh bagaimana rupa bentuk diafram dan saiz aperture mengikut bukaan atau F-stop yang telah dipilih.


F/1.2


F/5.6


F/16

Bukaan maksima aperture sesebuah lensa ada juga dikaitkan dengan kelajuan sesebuah lensa, atau LENS SPEED. Ini kerana, lebih besar bukaan aperture-nya, lebih banyak cahaya yang boleh masuk kedalam kamera. Ini membolehkan penggunaan shutter speed yang lebih laju atau tinggi. Ini amat berguna didalam fotografi sukan atau didalam keadaan cahaya yang rendah. Justru itu, lensa seperti F/1.4 atau F/1.2 sering dirujuk sebagai FAST LENS.

Bukaan maksima ini juga akan ukir pada badan lensa, sebagai contoh, lensa yang mempunyai focal length 85mm yang tetap dan mempunyai bukaan maksima F/1.4 lazimnya ditulis, 85mm 1:1.4 seperti gambar dibawah.

Bagi pengguna lensa zoom (Zoom Lenses), bukaan maksima untuk kedua-dua focal length tersebut akan dimaklumkan juga. Sebagai contoh, focal length 18-200mm yang mempunyai bukaan maksima F/3.5 pada 18mm dan F/5.6 pada 200mm lazimnya ditulis, 18-200mm 1:3.5-5.6 seperti gambar dibawah.



Terdapat juga lensa zoom laju (FAST ZOOM LENS)yang mempunyai bukaan maksima yang sama pada kedua-dua zoom focal length. Sebagi contoh, focal length 17-55mm yang mempunyai bukaan maksima F/2.8 dari 17mm ke 55mm lazimua ditulis, 17-55mm 1:2.8, seperti yang ditunjuk dibawah.


Ini bermaksud, pengguna lensa ini dapat menikmati bukaan maksima F/2.8 pada setiap focal length yang ada pada zoom range lensa tersebut. Walaubagaimana pun, harus diingatkan bahawa kebanyakan lensa yang dikategorikan dalam golongan FAST LENS atau FAST ZOOM LENS, lebih berat, lebih besar dan lebih mahal harganya.

15 ulasan:

  1. salam...

    saya baru lagi dalam bidang fotografi nie..
    saya skrang guna SLR caon 1000d...
    saya nak tanya pasal DOF nie..
    betul ke kalo nak dapat gambar yang background blur guna apperture yang tinggi...
    kalo nak dapat aperture bergantung pada sesuatu lens..betul ke..

    saya minta maaf kalo apa yang tanya/ cakap buat awk x faham..
    mcm saya punya slr lensEFS 18-55mm, aperture paling tinggi f/5.6...

    BalasPadam
  2. Kalau nak background blur.. guna apeture besar... lagi besar, lagi bagus seperti f1.8/f1.4/f1.2. Memang bergantung pada lensa & focal length.

    Kalau bukaan aperture paling besar 5.6, kena belajar menggunakan subjek distance @ 50mm untuk background blur... tapi hasil nya tak sebaik 50mm f1.4...

    BalasPadam
  3. maknanye kita kena duk dlm jarak 50mm ke dgn subjek?sori masuk tak bg salam.assalamualaikum..

    BalasPadam
  4. maaf saya tak berapa faham dengan soaalan ultrajanggut.

    BalasPadam
  5. salam...doc faisal..saya nak tanya..saya guna nikon D3000.. saya tgk apperture saya paling tinggi f3..dan paling rendah f5.8.. masalahnya..bila saya ke f3..apasal subjek jauhh sangat..dan bila ke f5.8..subject dekat...hairan2

    BalasPadam
  6. ppb_ppkb,
    Boleh jelaskan lensa dan focal length yang anda gunakan tak. Kebiasaannya, f stop ni untuk aperture dan bukan focal length.

    BalasPadam
  7. alamak..doc...serius..saya zero knowledge la pasai focal length ni...hrmmmm..lensa?????
    erm..rasanya lensa standard nikonn D3000.. 18-55mm..
    focal length saya xtaw nak cari...
    xpe la doc..saya study dulu doc punya tutorial ni dulu..nak tanya pon..doc pon xfaham soalan saya..hehehe

    BalasPadam
  8. Maaf yer... bukan masaalah saya tak faham soalan, sebaliknya soalan yang ditujukan tu entah kemana..., jadi saya pun sukar untuk membantu. Harap-harap anda dapat membuat sedikit kajian dahulu untuk memperkasakan perihal asas. Sila lihat mukadimah saya... http://docfaisalphotographytutorialbm.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum
    Doc nak tanya skit. Apa fungsi ft(kaki)atau m (meter)pada lens. Adakah ia menandakan jarak objek. Tapi biasanya kalau tak silap bila pakai AF ia akan berada pada infiniti.

    BalasPadam
  10. Yon, harap anda dapat mengkaji perihal Depth of Field (DOF) di blog ini.

    BalasPadam
  11. salam dr. faisal,
    saya baru berjinak² dgn dunia photography ni.
    dan ada kawan saya mengajak saya join jadi photographer utk wedding. so, boleh saya tahu lens yang paling sesuai utk wedding. saya guna d5000.

    BalasPadam
  12. Salam Doc, Saya baru shj belajar pakai kamera digital dan teori pasal apperture dan shutter speed pun saya dah faham sedikit sebnyk. Tp, bila dalam praktikal, saya cuba mengambil gambar menggunakan mode AV (Apperture Value)tetapi tidak nampak sebarang perbezaan imej yang ketara apbl mengubah nilai aperture dari f2.8 ~ f8. Apabila saya mengambil gambar, background dan objek fokus tetap sharp walaupun sy menggunakan f2.8. Saya menggunakan kamera powershot G11, focal length kalau tak silap saya 6.1mm. Harap doc dapat beri tunjuk ajar cara2 untuk mendapatkan kesan dof didalam gambar menggunakan kamera G11.

    BalasPadam
  13. salam.saya menggunakan nikon D5000.ada 3 soalan.

    1)boleh x doc terangkan ISO dan aperture terbaik utk fokus kepada dua2 iaitu fokus kepada subjek dan background sekali.
    2)kalau nk background blur,guna eparture besar.kalau nak subjek yg blur baackround yg jelas nk buat mcm mana plak?sy masih lagi baru dlm penggunaan SLR ni.slalu gune auto.utk manual,kurang mahir.so bila gunaauto,sy kena mahir setting.

    tq!

    BalasPadam
  14. Salam doc,

    Saya memang baru dalam dunia photo nih..saya pakai D40 ..macam mana nak setting aperture n sutter speed ..huhu kayu lagi nih..

    BalasPadam
  15. wslm
    sy bukanlah doc tp sy cuba ingin menjawab soalan eny

    1) ISO & aperture setting adalah berlainan mengikut situasi dan keadaan cahaya, jika cahaya terang, gunakanlah ISO rendah dan aperture yg agak tinggi utk lebih detail..jika cahaya kurang, gunakanlah ISO agak tinggi & aperture yg biasa
    2) utk background jelas & subjek blur, eny perlu pandai bermain focusing..cubalah adjust point d5000 anda ke background..

    Terima Kasih

    BalasPadam