Digital Lenses : DX

Digital lenses atau lebih dikenali sebagai DX Lenses ini diperbuat khusus untuk kegunaan kamera DSLR, yang mempunyai crop factor seperti yang dibincangkan. Kebanyakan kamera DSLR boleh menggunakan lensa 35mm Full Frame (FX). Ini disebabkan oleh saiz imej yang dijana oleh lensa-lensa ini lebih besar dari saiz sensor didalam DSLR.

Gambar: Hasil lensa 35mm FX yang digunakan pada DSLR.
Klik gambar untuk saiz besar.

Namun yang demikian, lensa DX pula tidak boleh digunakan pada kamera 35mm Full Frame. Ini disebabkan oleh saiz imej dari lensa DX lebih kecil dan hanya meliputi saiz sensor yang terdapat didalam kamera DSLR.

Gambar: Hasil lensa DX yang digunakan pada 35mm SLR.
Klik gambar untuk saiz besar.

1 ulasan:

  1. banyak ilmu tentang dslr sy perolehi dari blog doc

    BalasPadam