Shutter

Bagi mereka yang terus melompat kedalam dunia digital photography, perkara-perkara seperti bidai atau SHUTER dan perihal mekanisma shutter (SHUTTER MECHANISM) ini jarang diambil tahu, malah kebanyakan pengguna kamera digital ini (bukan semua ye...) hanya menggenali punat shutter (SHUTTER BUTTON) sahaja. Bukan salah mereka tapi perkara ini disebabkan oleh pembikinan kamera digital itu sendiri. Pengguna DSLR selalunya dilarang membuka ruang sensor sepertimana yang kerap dan boleh dilakukan oleh pengguna kamera filem (SLR). Kolumn ini bukan bertujuan untuk membincangkan tentang pembikinan bidai dan mekanismanya, tapi sekadar memperkenalkan perkara asas perihal bidai (shutter).

SHUTTER merupakan satu mekanisma yang kebiasaannya terletak didalam badan kamera. Ia seumpama sekeping bidai diantara lensa dan filem atau sensor. Ia lazim dikenali sebagai SHUTTER CURTAIN dalam English. Pada awal pembikinan kamera, bidai ini diperbuat dari kain dan arus kemajuan teknologi, membolehkan bidai ini diperbuat dari alloy seperti titanium atau kevlar pada zaman sekarang. Jadi bagaimanakah rupa shutter curtain ini.

Ini merupakan contoh bidai atau shutter curtain dalam keadaan tertutup.


Didalam keadaan tertutup, cahaya dihalang daripada mengenai filem atau sensor. Apabila, shutter button ditekan, bidai ini akan terbuka dan membenarkan cahaya dan imej dirakamkan keatas filem atau sensor seperti gambar dibawah.



Tempoh bukaan bidai atau shutter ini dikenali sebagai kelajuan shutter atau SHUTTER SPEED. Pada awal pembikian kamera maupun sekarang, kelajuan bidai atau shutter speed boleh dipilih oleh pengguna dengan memutar dail yang terdapat pada badan kamera. Sebagai contoh, gambar dibawah ini menunjukkan dial yang digunakan untuk memilih shutter speed pada kamera SLR keluaran tahun 80an .

2 ulasan:

  1. Dr. Faisal,

    thanx for having this website..very insightful indeed...

    BalasPadam
  2. Thank you Shai for your appreciation.

    BalasPadam