Focal Length dan Field of View

Focal length merupakan jarak dalam milimeter (mm) dari pusat lensa ke satu titik focal yang terletak pada filem (SLR) atau sensor (DSLR) bagi sesuatu subject yang difokus.

Field of View (FOV) merupakan sudut pandangan yang diukur secara menegak (vertically) dan mendatar (horizontally). Lebih besar saiz filem atau sensor, maka lebih besarlah pemandangan yang dapat dirakamkan. Sila layari web ini dalam bahasa inggeris untuk gambarajah & penerangan yang lebih lanjut.


Oleh kerana terdapat beberapa format atau saiz filem dan sensor, FOV lebih kerap diukur secara melintang (diagonally) dan format yang paling popular dan kerap dijadikan perbandingan (refference) ialah 35mm. Focal length yang rendah (16mm fisheye) mempunyai picture angle yang lebih luas jika dibandingkan dengan focal length yang lebih tinggi (seperti 200mm telephoto).

Didalam dunia photography 35mm, focal length 50mm dikira sebagai standard lens kerana mana manusia mempunyai angle yang lebih kurang sama (dalam 46°). Sila layarai web ini dalam bahasa inggeris untuk gambarajah & penerangan yang lebih lanjut. Dibawah merupakan contoh untuk perbezaan antara dua focal length.

10.5mm DX Fisheye: FOV yang luas
klik untuk saiz besar dan perhatikan tanda merah di gambar ini


200mm DX Telezoom: FOV yang Sempit

5 ulasan:

  1. Salams!
    Alhamdulillah!!
    Terimakasih Doc Faisal!

    BalasPadam
  2. salam,
    doc, terima kasih diatas inisiatif ini. moga ramai yang mendapat manfaat.

    BalasPadam
  3. Terima kasih doc. atas usaha murni ini.

    BalasPadam
  4. mana yg berbaloi utk di beli, lense 18~200 atau 55~200? Sekarang saya ada standard lense 18~135.

    BalasPadam
  5. apijot, terpulang pada subjek apa yang selalu dirakamkan dan selera anda, sebab perkara ni sangat subjektif. Saya selalu guna 18-200 untuk travel, senang & tak paya tukar2. Jadi terpulang dengan apa yang hendak dirakam

    BalasPadam