Depth Of Field (DOF)

DEPTH OF FIELD (DOF) merupkan terma yang diguna pakai unutk membicarakan perihal kawasan dihadapan dan dibelakang focus point utama (subjek) yang akan kekal "sharp" atau berada didalam fokus. DOF dipengaruhi oleh aperture, jarak subjek, focal length, dan saiz atau format filem atau sensor.

Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai DOF yang cetek. Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang focus point utama akan kelihatan kabur atau out-of-focus. Aperture yang kecil seperti F/11 atau F/16 mempunyai DOF yang lebih dalam. Subjek yang terletak didalam sesuatu range dihadapan ataupun dibelakang focus point utama akan kelihatan sharp atau in-focus. Gambarajah berikut menerangkan sesuatu range berbandingkan F-stop yang digunakan (sila klik gambar untuk saiz besar). Harus diingatkan bahawa, bagi setiap F-stop yang tetap, range-nya akan berubah mengikut focal length yang dipilih. Sebagai contoh, saya telah menggunakan lensa zoom ini dan menunjukkan range DOF untuk dua focal length; iaitu 35mm dan 70mm.


[NOTA PENTING:]
1. Kedudukan zoom pada lensa didalam gambar ini adalah pada focal length 70mm. Untuk focal length 35mm, lensa ini akan ditarik ke kanan.
2. Lensa yang mempunyai focal length rendah, seperti 35mm pada F/11 akan mempunyai DOF range yang lebih luas berbanding focal length yang lebih tinggi, seperti 70mm pada F-stop yang sama. (sila lihat gambarajah diatas)

Ok, kite dah becheletior F-stop sana, F-stop sini... jadi macam mane ler gamaknye rope gambo yang F-stop die lain-lain? Ha... ni dia! Ni ler rope nye gambo yang pake F-Stop lain-lain tapi dari tempat lensa yang same.


F/1.2


F/2.8


F/4


F/5.6


F/8


F/11


F/16


Harus juga diingatkan bahawa, selain dari focal length,jarak subjek (subject distance) juga memainkan peranan dalam DOF range. Apabila pengguna (lensa) berada pada jarak yang jauh dari subjek, range DOF akan bertambah. Disebaliknya, jika, pengguna (lensa) berada pada jarak yang lebih dekat, ia akan menggurangkan range DOF. Ini amat ketara dalam penggunaan lensa micro atau lensa macro bagi tujuan fotografi jarak dekat, (CLOSE UP or MACRO Photography).

DOF DENGAN JARAK SUBJEK - Klik gambar untuk siaz besar
Contoh 1: 55mm F/8.


Contoh 2: 105mm F8.

Seperti didalam contoh 1 & 2. perhatikan bagaimana, DOF range menjadi cetek apabila sesebuah lensa mendekati subjek pada F-stop yang sama. Juga perhatikan bagaimana focal length sesebuah lensa mempengaruhi DOF.

Malang sekali, kebanyak lensa digitial (DX lenses) masa kini sudah tidak mempunyai scale yang akan memberi panduan kepada pengguna tentang DOF ini, kecuali beberapa lensa yang terpilih. Aperture scale dan aperture ring juga sudah tidak lagi diperkenalkan pada lensa Nikkor yang berhuruf G ( Nikkor G LENSES). Ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa ramai penggemar fotografi yang terus melompat ke dalam dunia digital fotografi kurang memahami akan konsep DOF.

5 ulasan:

  1. Sempoila Dr. Tak sabar nak tunggu yg advance punya..

    BalasPadam
  2. huhuhu
    complicated juge yer doc. tapi konsep dia mmg dah faham, nak applikasikan dlm realiti tu tak berapa nampak lagi. Kena ulang dan ulang lagi.

    BalasPadam
  3. Ok, kite dah becheletior F-stop sana, F-stop sini... jadi macam mane ler gamaknye rope gambo yang F-stop die lain-lain?



    Doc ni ckp mcm oghang peghak je.. ye ke? tq eniwei 4ur tutorial.

    hope to learn more from u!

    jemput singgah http://www.aidilangelo.com

    BalasPadam
  4. harap doc dapat pelbagaikan lagi tutorial untuk dslr

    BalasPadam
  5. doc, thanks a lot..sedikit penerangan doc saya ambil dan terjemahkan dalam nota saya..terima kasih

    BalasPadam