Crop Factor & Field of View (FOV)

Oleh kerana kebanyakan DSLR sensor lebih kecil dari saiz filem 35mm, crop factor yang digunakan oleh jenama Nikon sebagai contoh, didalam pembikinan DSLR mereka ialah 1.5x kecuali D3, Full Frame 35mm (FX) DSLR. Justeru itu, sensor yang lebih kecil ini akan merakam imej yang di pantulkan oleh kanta lensa dibahagian tengah menyebabkan "cropped FOV", seperti contoh yang ditunjukkan dibawah.


Dengan yang demikian, kamera 35mm filem akan memerlukan focal length yang lebih panjang untuk mendapatkan Field of View (FOV) yang sama. Mari kita perhatikan contoh yang disediakan.

Contoh 1: Wide angle FOV
klik gambar untuk saiz besar


FOV pada gambar pertama diambil dengan menggunakan lensa 18mm DX. Disebabkan oleh crop factor 1.5x yang dibincangkan sebelum ini, untuk menghasilkan FOV yang sama pada 35mm filem, focal length yang perlu digunakan ialah 27mm (18mmx1.5=27mm). Dengan itu, gambar kedua telah diambil dengan menggunakan focal length yang terdekat iaitu 28mm.


Contoh 2: Telephoto FOV.
klik gambar untuk saiz besar

Disebabkan oleh crop factor ini, pengguna kamera SLR 35mm memerlukan focal length 300mm untuk mendapatkan FOV yang sama saperti yang dihasilkan oleh DSLR 200mm (300mm/1.5=200mm). Ini amatlah dialu-alukan oleh penggemar lensa telephoto kerana perbezaan harga diantara 200mm dan 300mm amatlah ketara.

Namun yang demikian, bagi bagi penggemar lensa wide angle adalah disebaliknya, kerana lensa wide angle seperti 28mm DX akan hanya menghasilkan FOV 42mm sahaja, seperti ditunjukkan di bawah. Klik gambar untuk saiz besar

4 ulasan:

  1. Doc!
    tq very much for such valuable infor!!
    Untung saya baca blog doc.. bnyk pengetahuan yang saya dapat

    BalasPadam
  2. saya juga ada membuat homework mengenai tutorial ini. saya akan post homework saya di blog saya.

    BalasPadam
  3. Thanks doc..Banyak saya dapat ilmu utk saya perbaiki kesilapan dan ketidak tahuan saya pasal FOV...

    BalasPadam