Photograghy : Fotografi

PHOTOGRAPHY atau dalam bahasa melayu, FOTOGRAFI merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkam cahaya keatas media atau bahan yang sensitive kepada cahaya (light-sensitive material), seperti filem atau sensor. Patern cahaya yang di keluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek ini memlalui sesebuah lensa , dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

Fotografi adalah Photography dalam English yang telah di-Melayu-kan. Perkataan "Photography" berasal dari perkataan Peranchis "photographie" yang didasarkan kepada dua perkataan Greek, φως phos ("light") yang bermaksud cahaya dan γραφίς graphis ("stylus", "paintbrush") yang bermaksud "stylus", berus lukisan atau γραφή graphê ("representation by means of lines" or "drawing") yang bermaksud sesuatu representasi menggunakan garisan atau lukisan.

Apabila kedua-dua perkataan ini digunakan bersama, ia memberi maksud "melukis dengan menggunakan cahaya" atau "drawing with light" dalam English. Lazimnya, hasil dari fotografi ini dipanggil fotograf atau dalam istilah singkat foto.

Sumber asal: wikipedia

Camera : Kamera

CAMERA atau KAMERA merupaka satu alat perakam imej dengan menggunakan filem atau sensor. Rakaman boleh berada dalam bentuk filem itu sendiri atau elektronik data. Photograher atau Fotografer atau jurukamera menggunakan kamera dan lensa untuk mendedahkan bahan sesintif cahaya seperti filem atau seonsor, dengan exposure yang betul untuk mendapatkan sesuatu imej.

Sedikit perihal sejarah kamera.

Camera atau camera obscura (perkataan Latin "dark chamber" atau ruang gelap) merupakan kombinasi dari pelbagai penemuan. Sejarah menunjukan bahawa seorang ilmuan dan saintis islam yang berasal dari Iraq bernama Abu Ali Al-Hasan Ibn al-Haitham (965-1039), yang dikenali oleh barat sebagai Alhacen, bertanggungjawab dalam penemuan ini apabila beliau melakukan ujian amali keatas ciri-ciri optik. Setelah itu barulah ia dituruti dengan penemuan-penemuan yang lain seperti bahan kimia, filem dan seterusnya sensor elektronik.

Sumber asal: wikipedia

SLR

SLR merupakan singkatan untuk Single-Lens Reflex. Kamera SLR menggunakan pergerakan cermin (mirror) otomatik untuk memantulkan imej 45 darjah kearah viewfinder seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Apabila menggunakan kaedah ini, sesuatu imej yang hendak dirakamkan oleh sesorang fotografer, pada permulaannya, akan melalui sistem lensa (1), dipantulkan oleh cermin (2), melalui focusing screen (5), condensing lens (6), pentaprism (7) dan akhir sekali boleh dilihat melalui viewfinder (8). Dengan cara begini seseorang fotografer boleh melihat akan komposisi, fokus dan sebagainya perihal imej tersebut sebelum merakamkannya.



Setelah berpuas hati dengan komposisi imej tersebut, fotografer akan menekan butang shutter. Ini menyebabkan cermin (2) naik keatas secara otomatik (lihat arah anak panah), membuka bidai shutter atau shutter curtain (3) dan membenarkan imej tersebut dirakamkan pada filem atau sensor kamera (4). Setelah selesai proses rakaman, bidai shutter atau shutter curtain (3)akan tutup dan cermin (2) akan kembali ketempat asal secara otomatik. Ini membenarkan fortografer itu melihat semula melalui viewfinder (8) untuk rakaman imej seterusnya.

Sumber asal: Wikipedia

Kegunaan Kamera Kategori (a)

Jika saya berada didalam kategoi (a), memadailah dengan menggunakan kamera kompek (compact camera) ataupun telefon bimbit yang mempunyai camera. Eheh... Jangan gelak, sebab camera phones sekarang ni dah canggih!!! Bila saya mengambil gambar event, banyak juga yang saya lihat golongan ini cuma menggunakan camera phones mereka sahaja. Janji kita dapat merakamkan imej yang kita kehendaki. Senang dah mudah! kata mereka. Tapi, janganlah pulak komplen gambar tak itu dan gambar tak ini... Saya dapat apa yang ada belanjakan!

Balik ke kamera apa untuk saya.

Kegunaan kamera kategori (b)

Jika saya berada didalam kategori (b), ini perkara biasa. Ramai yang sangkut dalam kategori ini dan disebabkan hobi jugak lah, ramai yang berbelanja beribu-ribu ringgit tanpa mengaut kembali jumlah wang yang telah dibelanjakan. Tapi tak pe, kalau dah ada rezeki, apa salahnya.

Disinilah juga bermulanya ramai dari mereka, yang melangkah kedalam dunia fotografi dengan menggunakan format 35mm SLR. Apa itu SLR? SLR adalah ringkasan untuk Single Lens Reflex, tak kira lah samada filem ataupun digital, semua menggunakan sistem yang sama. Untuk memudahkan lagi pengguna, kini SLR dikaitkan dengan kamera filem dan DSLR dikaitkan dengan kamera digital. Kenapa 35mm pulak? 35mm merupakan saiz filem atau format yang sangat popular. Disebabkan oleh pengaruh era digital, ramai pulak yang mudah berkecimpung dengan menggunakan DSLR. Baik buruknya, banyak dapat kita perhatikan sekarang, dimana pengguna tidak mengambil berat tentang perkara-perkara asas dalam penggunaan kamera, bacalah muqadimah saya.

Untuk membuat pilihan, pengguna harus diingatkan bahawa, pemilihan sesuatu jenama kamera itu bukan sahaja tertakluk pada badan kamera itu sahaja, malah ia merupakan pembelian sesuatu system. Ini merangkumi sistem lensa (Lenses), Flash dan lain-lain aksesorinya. Itu sebabnya, pemilihan sesuatu jenama kamera mesti ditentukan oleh arah tuju seseorang pembeli pada masa hadapan.

Balik ke kamera apa untuk saya.

Kegunaan Kamera Kategori (c)

Apa kata, jika saya berada didalam kategori (c)? Ini lagilah penting untuk membuat pilihan yang tepat. Walaupun banyak jurugambar komersil menggunakan format 35mm SLR atau DSLR, disebabkan oleh permintaan pelanggan untuk kualiti imej adalah tinggi, jurugambar-jurugambar ini juga menggunakan format yang pelbagai atau berbeza-beza. Selain dari 35mm, mereka juga menggunakan format sedang (Medium Format) atau format besar (Large Format) untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ketahuilah bahawa jumlah perbelanjaan untuk menggunakan format-format ini boleh mencecah ribuan ratus ringgit. Akan tetapi, disebabkan oleh nilai komersil yang boleh diperolehi, maka pulangannya telah diambil kira didalam sebut harga sesuatu kontrak. Yang ini kita cerita bab lain pulak.

Balik ke kamera apa untuk saya.

Minat: Potret : Portraiture

Saperti juga saya, yang amat suka mengambil gambar potret dan jika anda juga berminat untuk mengambil gambar potret (PORTRAITURE), buat permulaan, kamera tak perlulah yang berkeupayan sehingga melebihi 5fps tetapi kalau boleh biarlah melebihi 6MP. Tapi kalau ada rezeki untuk lebih daripda 10MP, belilah apasalahnye kan...? Ini amat penting dalam merakamkan "detail" imej tersebut ataupun jika hendak membuat "cropping" jika perlu, lagi tinggi lebih "detail"-lah imej kita. Sekali lagi disini, ingin saya pertekankan bahawa, dalam "portraiture", pemilihan lensa juga sangat penting. Oleh itu pilih lah lensa yang baik. Dari segi focal length-nya, biarlah dari 50mm keatas dan mempunyai keupayaan untuk merakamkan kualiti warna yang tepat atau baik. Lazimnya, fotografer potret banyak menggunakan lensa dari focal length 50mm, 85mm, 135mm. Akan tetapi berbalik kepada komposisi dan imej yang dikehendaki oleh seseorang fotografer, penggunaan lensa wideangle juga boleh digunakan. Sebagai contoh sila lihat imej potret dibawah, yang telah dihasilkan oleh sahabat saya, Saudara Ted Adnan, seorang jurufoto profesional yang menggunakan lensa DX 16mm keluaran Zeiss:



Balik ke kamera apa untuk saya.

Minat: Lanskap : Landscape

Kalau saya suka sangat ambil gambar pemandangan (LANDSCAPE), kamera tak perlulah berkebolehan sehingga melebihi 5fps dan mungkin tak perlulah melebihi 10MP. Tapi kalau ada rezeki apasalahnye kan....? Disini pemilihan lensa kena lah baik. Baik dari segi focal length-nya dan jenama atau pengeluar. Untuk merakamkan imej pemandangan, seelok-elok, biarlah wideangle lenses (kurang dari 35mm) walaupun ada yang merakam imej pemandangan dengan focal length tinggi (Telephoto lenses). Tapi itu "case-by-case" basis lah. Secara am-nya ramai jurugambar menggunakan lensa wideangle dan yang penting, mempunyai keupayaan untuk merakamkan kualiti warna yang tepat atau baik.

Balik ke kamera apa untuk saya.

Minat : Aktiviti Sukan/Kehidupan Liar

Kalau saya suka sangat nak ambil gambar aktiviti sukan (SPORTS) atau kehidupan liar (WILDLIFE), kamera kita mestilah mempunyai keupayaan seperti menembak sekurang-kurangnya 5 frame sesaat (5fps) tanpa ganguan, megapixel tinggi kalau kita nak cropkan lagi imej itu supaya kualitinya tak luntur, lensa pun kenalah yang mempunyai bukaan aperture yang luas (FAST LENS) dan sekurang-kurangnya focal length yang 200mm keatas. Ada kawan saya yang gemar menangkap gambar burung, menggunakan lensa 600mm terus! Kata beliau "apa-apa kurang dari 400mm tak cukup!". Lensa seperti ini bukannya murah, boleh mencecah RM30,000 lebih. Tapi tak pe lah, dia ada rezeki dan minat sangat untuk ambil gambar burung. Jadi dia belilah.

Balik ke kamera apa untuk saya.