Muqadimah...

Sejak kemunculan era digital, ramai yang dapat menceburi bidang digital photography dengan mudah. Selain dari banyak kebaikan yang diperolehi, digital photography juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Banyak perkara-perkara asas dari segi ilmiah photograhy itu sendiri tidak dititik-beratkan oleh pengguna. Walaupun pihak pengeluar ada menyediakan manual, namun kebanyakan dari pengguna langsung tidak meluangkan masa untuk memahami isi kandungannya. Apatah lagi, dengan kemerosotan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan masyarakat Malaysia telah mengerohkan lagi keadaan. Terima kasih mereka yang bertanggung jawab memperkenalkan KBSR & KBSM dulu-dulu; padan dengan muka.., le ni baru le nak sedor!

Ramai dikalangan pengguna mengambil jalan mudah dengan hanya bertanya di local forums, soalan-soalan asas dengan harapan ada yang sanggup menjawab. Kadang-kala, jawapan yang diberi menunjukan link ke laman web yang berkaitan dengan model atau jenama kamera tersebut. Malangnya, laman web yang dicadangkan juga didalam bahasa inggeris. Dah sangkut balik.... habis tu nak buat macam mana, Bahasa Malaysia ni bukan satu dunia pakai, orang Jepun pun pegi belajor orang putih... itu sebab deme cipta karaoke... senang nak belajor nyayi lagu orang putih!

Mungkin tabiat saya sebagai pensyarah sambilan, saya suka berkongsi ilmu alahai.. bukan banyak mana pun, sikit jer..., saya akan cuba membuat translation dari English websites yang sedia ada ke Bahasa Melayu dengan harapan kita dapat berkongsi ilmu sesama sendiri. Saya menggunakan bahasa pasar sebab ini bukanlah laman web rasmi dan saya tak suka nak cipta perkataan baru seperti tetikus, cekera liut dan sebagainya. Itu kita cerita lain pulak... Saya masih menggekalkan perkataan asal supaya pembaca dapat merujuk balik dengan manual atau websites yang lain yang mengandungi perkataan-perkataan yang diperlukan.

13 ulasan:

  1. Doc, tutorial dlm bahasa melayu yg sangat baik. Bagus untuk rujukan orang2 melayu. Good move doc!

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa Dr.... :D

    BalasPadam
  3. satu iniseatif yang bagus,
    tahniah doc..

    BalasPadam
  4. wow .. very nice. eh pakai english lak :D . blog ni dpt membantu ramai yg nak mula photography tapi x berapa paham istilah2 omputih ;) usaha yg bagus

    BalasPadam
  5. Dr,
    terima kasih atas usaha Doc mengeluarkan tutorial dalam B.M. Dr. Faisal rocks!!!!

    yang benar,
    marjan

    BalasPadam
  6. Waaaa.. bagus betul la Dr buat blog ni. Sy baru jer berjinak2 dgn hobi menangkap gambar ni. Skang ni pakai camera cikai jer. Terfikir nk beli camera yg canggih skit. Blog ni byk membantu utk sy proceed dgn hobi baru sy ni :) time kasih Dr.

    BalasPadam
  7. salam doc faisal..salam kenal..sy pun tgh2 belajar bab fotografi ni..byk buat try n error..bagus blog ni byk info.. :)

    BalasPadam
  8. Slm. Tahniah dan syabas diucapkan diatas usaha murni dan ikhlas tuan memberi ilmu kepada sahabat-sahabat di alam siber. . . semoga segala kebaikan yang dilakukan akan diberkati Allah s.w.t. Cadangan saya kalau boleh tuan dapat sediakan nota-nota asas fotografi (pdf) kerana agak sukar untuk didapati sebagai bahan bacaan dan rujukan walaupun saya pernah mengikuti kursus asas fotografi selama 2 hari (masih tidak mencukupi). . . Nota yang disediakan oleh Adhadi Mohd. . . http://www.adhadimohd.com/training... adalah satu usaha yang ikhlas. Saya dah download (free). . well done. TQVM.

    BalasPadam
  9. syabas bro saya ucapkan! jarang orang melayu ni suka share share :)

    BalasPadam
  10. bila lagi nak update nie....mana tau ada pengalaman terbaru yang boleh di kongsi bersama.....

    BalasPadam
  11. thnks doc...tutorial byk mmbantu freshie mcm sy ni...

    BalasPadam
  12. salam doc...
    banyak ilmu yang saya dapat disini
    moga ianya dapat membantu. tq

    BalasPadam
  13. terima kasih...
    harap dapt kongsi ilmu yg dr nak kongsi

    BalasPadam