Jika saya berada didalam kategori (b), ini perkara biasa. Ramai yang sangkut dalam kategori ini dan disebabkan hobi jugak lah, ramai yang berbelanja beribu-ribu ringgit tanpa mengaut kembali jumlah wang yang telah dibelanjakan. Tapi tak pe, kalau dah ada rezeki, apa salahnya.
Disinilah juga bermulanya ramai dari mereka, yang melangkah kedalam dunia fotografi dengan menggunakan format 35mm SLR. Apa itu SLR? SLR adalah ringkasan untuk Single Lens Reflex, tak kira lah samada filem ataupun digital, semua menggunakan sistem yang sama. Untuk memudahkan lagi pengguna, kini SLR dikaitkan dengan kamera filem dan DSLR dikaitkan dengan kamera digital. Kenapa 35mm pulak? 35mm merupakan saiz filem atau format yang sangat popular. Disebabkan oleh pengaruh era digital, ramai pulak yang mudah berkecimpung dengan menggunakan DSLR. Baik buruknya, banyak dapat kita perhatikan sekarang, dimana pengguna tidak mengambil berat tentang perkara-perkara asas dalam penggunaan kamera, bacalah muqadimah saya.
Untuk membuat pilihan, pengguna harus diingatkan bahawa, pemilihan sesuatu jenama kamera itu bukan sahaja tertakluk pada badan kamera itu sahaja, malah ia merupakan pembelian sesuatu system. Ini merangkumi sistem lensa (Lenses), Flash dan lain-lain aksesorinya. Itu sebabnya, pemilihan sesuatu jenama kamera mesti ditentukan oleh arah tuju seseorang pembeli pada masa hadapan.
Balik ke kamera apa untuk saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan