Minat: Potret : Portraiture

Saperti juga saya, yang amat suka mengambil gambar potret dan jika anda juga berminat untuk mengambil gambar potret (PORTRAITURE), buat permulaan, kamera tak perlulah yang berkeupayan sehingga melebihi 5fps tetapi kalau boleh biarlah melebihi 6MP. Tapi kalau ada rezeki untuk lebih daripda 10MP, belilah apasalahnye kan...? Ini amat penting dalam merakamkan "detail" imej tersebut ataupun jika hendak membuat "cropping" jika perlu, lagi tinggi lebih "detail"-lah imej kita. Sekali lagi disini, ingin saya pertekankan bahawa, dalam "portraiture", pemilihan lensa juga sangat penting. Oleh itu pilih lah lensa yang baik. Dari segi focal length-nya, biarlah dari 50mm keatas dan mempunyai keupayaan untuk merakamkan kualiti warna yang tepat atau baik. Lazimnya, fotografer potret banyak menggunakan lensa dari focal length 50mm, 85mm, 135mm. Akan tetapi berbalik kepada komposisi dan imej yang dikehendaki oleh seseorang fotografer, penggunaan lensa wideangle juga boleh digunakan. Sebagai contoh sila lihat imej potret dibawah, yang telah dihasilkan oleh sahabat saya, Saudara Ted Adnan, seorang jurufoto profesional yang menggunakan lensa DX 16mm keluaran Zeiss:



Balik ke kamera apa untuk saya.

1 ulasan:

  1. mmang bagus foto inipencahayaan yg betul...mungkin penggnunaan pencahayaanstudio sepenuhnya ? jika ya tentu byk peralatan yg perlu utk skpg foto ini dan masa yg di perlukan.......

    BalasPadam