- Kekotoran - Dirt
- Calar - Scratches
- Gegaran - Shock
- Air - Moisture/Water
Kekotoran - Dirt
Ini memang tak dapat dielakkan dari pengunaan biasa. Kalau tak nak, bungkus & simpan jer lah... kekotoran seperti habuk halus boleh memasuki kedalam lensa, apabila kita memutarkan "focsuing ring" ataupun "zoomming ring". Tapi kejadian ini tidaklah sekerap yang kita sangkakan. Oleh itu, jangan lah pulak mudah takut nak guna lensa-lensa tersebut. Pihak pengeluar telah mencuba menghasilkan lensa yang "tight fit" atau "weather proofing" pada lensa-lensa yang terbaru mereka. Akan tetapi, kekotoran dan habuk-habuk besar mudah melekat pada lensa kita, jadi kita haruslah membersihkannya.
Ada yang mencadangkan kegunaan "blower", "brush" dan "cleaning paper" atau "cleaning fluid" untuk kesan kekotoran yang degil. Harus diingatkankan, bahawa, penggunaan jenis "brush blower" atau "cleaning paper" atau "cleaning fluid" boleh memudaratkan lagi lensa kita. Ini kerana "brush" atau "paper" yang kasar buatannya boleh meninggalkan kesan calar yang halus, dan penggunaan "cleaning fluid" yang salah boleh merosakkan "coating" pada kanta lensa kita. Dengan itu, adalah lebih elok jika kita menggunakan "blower" yang besar kapasitinya untuk meniup habuk-habuk itu dan menggunakan "filter" (seperti UV atau skylight) untuk mengurangkan kesan kotoran dan habuk. Elakkan menghembus lensa dengan udara dari mulut kita, kerana nafas kita mengandungi air. Sila lihat perihal air dibawah.
Kesan Calar - Scratches
Kesan calar susah untuk dihilangkan, jadi ambilah cara untuk mengelakan kesan calar dari berlaku kepada kanta lensa kita. Cara paling mudah unutk mengatasi kesan calar ialah dengan menggunakan "filter" unutk melindung "front element" pada lensa kita. Seperti diatas, penggunaan UV atau Skylight fliter kerap digunakan oleh jurufoto-jurufoto profesional. Walaubagaimana pun ada juga yang mengatakan, bahawa penggunaan "filter" ini akan mengubah "light properties" dan akan melunturkan kualiti imej. Pada pendapat peribadi saya, ini boleh diatas dengan mudah:
[1] Gunakan "filter" yang berjenama baik, dimana penggunaan mereka tidak menjejaskan imej. Banyak boleh kita dapati dipasaran. Harus kita ingat, jikakalau kita sudah berbelanja ribuan ringgit untuk sesesuah lensa, mengapa kita harus kedekut dalam pembelian "filter" yang mana akan menjadi penghuni tetap pada lensa kita? Oleh itu carilah yang terbaik sekali.
[2] Untuk "critical shots" seperti macro. close up atau potret, adakalanya saya membuka "filter" tersebut semasa sesi fotografi dan memasangnya dengan segera setelah habis merakamkan imej-mej tersebut.
[3] Saya juga dapati, adalah lebih murah untuk menukar sekeping "filter" dari sebuah lensa.
Dari itu, tepuk dada, tanya selera...
Gegaran - Shock
Walaupun pengeluar telah menguji kesan gegaran dan mengeluarkan lensa yang boleh menahan gegaran, sebagai pengguna, kita haru peka bahawa, gegaran atau hentakan yang berlebih boleh merosakan lensa kita, terutama seperti lensa yang mempunyai "autofcous" dan "vibration reduction". Itu sebabnya, pihak penggeluar ada membekalkan "lens case" atau kotak atau "container" bagi lensa-lensa ini. Apabila kita membawa kamera dan lensa kita, eloklah kita menggunakan bag atau "case" yang mempunyai "padding" unutk menggurangkan gegaran dan hentakan yang berlebihan. Kadangkala, jika ruang menjadi masaalah, saya membungkus lensa-lensa saya dengan menggunakan setokin atau tuala kering sebagai protection.
Air - Mositure/Water
Ini juga salah satu daripada musuh ketat lensa maupun kamera. Bahan-bahan elektronik didalam kamera dan lensa mudah terjejas jika air memasuki lensa kita. Walaupun kamera & lensa sekarang mempunya sedikit "resistance" kepada air dan habuk, jangan lah pula kita ingat mereka ni "waterproof", kecuali yang memang "waterproof". Untuk mengurangkan risiko ini, gunakan "waterproof casing" atau "rain coat" yang diperbuatkan khas untuk kamera dan lensa. Apabila kita tiba ditempat yang kering, pastikan kita membersihkannya sedikit, beri sedikit masa bagi kamera dan lensa untuk "bernafas" (menyesuaikan diri pada suhu tempat baru) sebelum menggunakannya.
Jikalau kamera atau pun lensa kita memsauki air, matikan mana suis yang patut, biarkan semua air keluar, bungkus dengan tuala yang menyerap air dan hantarkanlah mereka ke pusat servis dengan sebeberapa segera.
Harus kita ingat bahawa, air yang secara zahirnya mudah dielakkan. Tetapi, ramai juga dikalangan jurufoto yang menggunakan mulut unuk meniup atau menghembuskan kekotoran dan habuk pada lensa & kamera mereka. Ini boleh memudaratkan keadaan kerana hembusan nafas kita mengandungi "moisture" yang tidak nampak pada zahirnya tetapi boleh merosakan "electronic circuits" dan kanta pada lensa kita. Elakkan cara begini kerana ia boleh menjadi punca merebaknya "fungus" didalam lensa & kamera kita.
Bagi pengguna yang tinggal di kawasan-kawasan lembap ("high humidity"), disini saya ingin menyarankan kepada mereka yang serius tentang fotografi untuk melabur sedikit wang untuk membeli sebuah "dry cabinet" untuk mengurangkan risiko "fungus infection" kepada lensa dan kemera mereka.
Sumber rujukan:
photography.about.com
bestla doc. sangat² infomatif.
BalasPadamterima kasih kerana sudi berkongsi
adakah kamera jenis slr ini memerlukkan harga maintanence yg tinggi jika terjadi sesuatu kerosakkan
BalasPadamTerima Kasih Zizei harap-harap membantu.
BalasPadamlee Harga maintenance ni terpulang kepada kerosakan yang dialami kamera tersebut. Kalau setakat habuk dan service biasa, selalunya murah. Tapi kalau kena tukar motherboard (digital slr) tentulah mahal... serupa juga mana2 alat mekanikal/digital yang lain seperti kereta dan komputer
Berapa kos untuk menservis lensa yang terkena fungus
BalasPadambagus artikel ni doc
BalasPadamDoc,
BalasPadamSaya menetap di Cameron Highlands dan saya amat baru menggunakan D60 Nikon sebagai hobi. sebelum ini saya menggunakan kamera canon dan Nikon biasa.
Saya seringkali masuk ke dalam hutan sekitar dan memang menjadi masalah kerana hujan.
Bila balik sukar nak keringkan.
Bolehkan saya menggunakan hair dryer untuk mengeringkan kamera saya.
Dry cabinet memang amat diperlukan di sini .
Jack ...
Saya nie kategorie newbie....Rekomen sikit...Model kamera dslr apa paling sesuai..Saya memang minat dalam dunia fotografi..Tetapi,setelah membaca tentang jenis jenis kerosakan...Rasa takut pula..'RM'...
BalasPadamBagaimana dengan fotograher yang lain???
info berguna kepada semua
BalasPadamsaya takde drybox...simpan dlm beg je...pas2 letak silica gel yg dapat mase beli kasut dulu...boleh ke doc?
BalasPadamTak berapa efektif sebab, tidak kedap udara... kelembapan masih boleh merosakkan lensa.
BalasPadamSalam Doc,
BalasPadamSaya baru beli EOS 450D.
1. Kalau tak ada drybox, boleh tak simpan dalam plastik kedap udara...(yang ada seal macam zip tu).
2. Kalau menyimpan, perlukah dipisahkan lens dengan bodynya.
Azman
tips berguna utk mereka yg nak nak buat dry box sendiri..
BalasPadamhttp://zahir-turion.blogspot.com/2009/12/kalau-tak-ada-dry-box.html
Blog DR faisal sangat berguna kepada saya .... terima kasih DR Faisal
BalasPadambenda ni bagus..
BalasPadamcheck it out.
just orderer 3
http://www.facebook.com/silica.humeedt
bl0g y bnyk membantu kepda individu y msh merangkak... mohon copy artikel ini untuk dk0gsi dgn rakn2 y lain.. bl0g sy: sudugarpu1410
BalasPadam