Fungus

Anda mungkin bertanya, "bagaimanakah fungus ini boleh melibatkan saya?" Sudahkah anda melihat lensa anda baru-baru ini? Bukan imej yang dirakamkan melalui kamera tetapi kanta lensa anda! Jika belum, mungkin anda harus lakukannya dengan seberapa segera. Pastikan aperture dibuka luas dan hadapkan ke cahaya yang terang. Lihat dari depan dan belankang kanta lensa anda. Jika anda dapat melihat sesuatu yang menyerupai imej dibawah, ini bermakna, lensa anda telah dijangkiti "fungus".

Fugus Infection : A study

"Adakah ia akan mempengaruhi kualiti imej saya?" Pada peringkat awal, ganguan kepada kualiti imej tidaklah begitu ketara. Jika ditahap kritikal, kualiti imej langsung tidak dapat digunakan lagi. Melainkan, jika anda suka akan gambar yang seakan-akan "soft-focus" dan "blur" sepertimana yang banyak dilakukan oleh fotografer dengan menggunakan perisian PS.

"Bolehkah ia dibersihkan?" Jika pada tahap awal, "fungus" ini boleh dibersihkan oleh pusat servis atau mereka yang pakar dalam bidang penyucian lensa. Tetapi, jika pada tahap kritikal seperti gambar diatas, eloklah lensa itu ditukar ganti. Kerana cubaan untuk membersihkan "fungus" ini akan merosakkan "coating" dan juga kanta pada lensa tersebut.

"Bagaimanakah saya dapat mengelakkan dari jangkitan "fungus" ini?" Malangya, tidak ada resepi yang 100% berkesan cuma terdapat kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan risiko dari terkena jangkitan ini.
[1] Simpan lensa dan juga kamera didalam tempat yang bersuhu sederhana dan kering. Jika kita menggunakan lensa ini ditempat yang lembap, biarlah ia kering sebelum menyimpannya. Jangan biarkan kamera dan lensa anda didalam beg jika ia tidak diperlukan disitu. Elakkan dari menggunakan "lens case" atau beg kamera yang diperbuat dari kulit. "Fungus" amat menggemari kelembapannya dan membiak disitu sebelum menjangkiti lensa atau kamera anda. "Lens case" atau beg yang diperbuat dari bahan sintetik merupakan pilihan yang lebih baik.
[2] Simpan lensa atau kamera anda didalam bekas kedap udara dan mengandungi "silica gel" atau "dry cabinet". Bagi pengguna yang tinggal di kawasan-kawasan lembap ("high humidity") seperti Malaysia, disini saya ingin menyarankan kepada mereka yang serius tentang fotografi untuk melabur sedikit wang untuk membeli sebuah "dry cabinet" untuk mengurangkan risiko "fungus infection" kepada lensa dan kemera mereka.

"Kenapa dry cabinet?" Walaupun tiada data yang kukuh, lensa harus disimpan didalam keadaan "Relative Humidity" (RH) 50%. Jika terlalu rendah, misalahnya RH30%, banyak bahan-bahan lain seperti pelincir dan getah didalam lensa akan kering dan akan merosakkan lensa tersebut. Ini bermaksud, lensa juga kena kerap digunakan, dibersihkan dan tidak disimpan begitu lama untuk mengelakannya dari kerosakan mekanikal. Jadi, penggunaan dry cabinet boleh "monitor" dan "control" RH secara otomatik.

Ramai juga bertanya, "bagaimana kalau mereka hanya menggunakan bekas kedap udara bersama silica gel?" Sudah tentu boleh, akan tetapi, pengguna kena sentiasa memantau RH bekas tersebut dengan menggunakan "meter" dan juga warna silica gel itu. Jika tidak, penggunaan silica gel yang telah hilang kuasa penyerapan itu dibiarkan, ia akan melepaskan kembali "mositure" yang telah diserap kedalam bekas kedap udara tersebut. Ini akan menggalakkan lagi pembentukan "fungus" yang mana meraka cuba elakan dari awal lagi.

Sumber rujukan:
chem.helsinki
Totech America

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. kamera sy telah mengeluar satu messag ERR01.....di mana body camera tidak boleh communicate dgn lens...maknannya lens dan body saya dijangkiti fungus??

    canon 500d

    BalasPadam