Kamera apa untuk saya?

Soalan ini kerap ditanya oleh mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia fotografi.


Jawapannya bukanlah semudah atau sesukar yang disangkakan. Jika kita bertanyakan orang, mereka akan mengatakan:
  • Kamera atau jenis kamera yang mereka miliki atau ingin memiliki adalah kamera yang terbaik. Ini disebabkan oleh sifat manusia itu sendiri yang cuba untuk menyedapkan hati sendiri dengan apa yang telah di belanjakan atau
  • kerana teracun oleh iklan dan promosi yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kamera atau.
  • Tokei kedai yang cuba menjual jenama yang mana mereka akan mendapat lebih komisyen dari agent atau pengedar.

Oleh itu, bagaimanakah seseorang individu itu hendak membuat pilihan? Untuk membuat pilihan tentang jenama atau jenis kamera yang ingin dimikli, setiap individu harus menyoal diri sendiri beberapa soalan asas yang penting sebelum mencapai keputusan. Soalan-soalan asas adalah seperti berikut, tidak kira samada film atau pun digital SLR:

Soalan #1: Sejauh manakah penggunaan kamera ini? Adakah


  • (a) saya hanya membeli sebuah kamera untuk merakamkan imej ahli-ahli keluarga seperti anak, cucu, datuk nenek dan sebagainya dan juga imej percutian keluarga hanya untuk kenangan ATAU
  • (b) saya suka mengambil gambar sekadar hobi sahaja tapi nak gambar kaw-kaw; ATAU
  • (c) saya ingin menjelajah lebih jauh didalam dunia fotografi dan mungkin mejadikan fotografi ini salah satu daripada sumber rezeki dimasa akan datang.

Jika saya berada didalam kategori (a), mudah! klik sini. Kalau saya rasa saya ni berada didalam kategori (b), agak mudah juga! sila klik sini. Akan tetapi, jika saya berada didalam kategori (c) macam mana? Ini ada berat sikit, lagilah penting untuk membuat pilihan yang tepat, sila klik sini.

Soalan #2: Gambar yang macam mana yang saya nak ambil?

Jika kita dah jawab soalan #1 dan dah sure tentang kategori mana kita nak duduk, tanya pulak, gambar jenis apa yang kita minat sangat nak ambil? Ini penting sebab, ia akan mempengaruhi system yang bakal dipilih. Terdapat juga segolongan dari mereka yang membeli lensa, tapi amat kurang menggunanya sebab, minat mereka tidak memerlukan lensa tersebut. Jadi dudoklah lensa atau kamera tersebut didalam peti simpanan. Rugi!!!

Apa-apa bidang dalam dunia fotografi ini, untuk pengguna kamera digital (DSLR), hanya dua perkara sahaja yang kita kena peka. Iaitu [1] Kemampuan kamera seperti megapixel-nya (MP) dan [2] Lensa yang bakal digunakan. Oleh kerana megapixel dizaman ini sudah boleh melebihi 10MP, perkara [1] sudah tidak menjadi isu yang besar sangat. Bagi pengguna DSLR dalam kategori (b) diatas, apa-apa yang lebih dari 6MP sudah dikirakan baik. Cuma kalau nak lagi jelas, carilah yang pixel-nya melebihi 10MP, tapi kena sunggup keluar duit lah....

Banyak juga kita dengar orang bercerita tentang betapa bagusnya jenama Canon, Nikon, Olympus, Pentax dan sebgainya. Kita juga kerap membaca diskui-diskusi tentang spesifikasi yang mana lebih baik dari satu antara yang lain. Walaupun ada kebaikan dari segi pengetahuan, kadang-kala ini sebenarnya kurang membuahkan hasil! Yang dok bercerita lebih-lebih tu pun bukannya pakai kamera yang mereka sebut-sebutkan tu....

Ini membawa kita kepada isu [2], iaitu pemilihan lensa. Tak guna kalau kita beli kamera semi-pro atau pro-level, tapi dok pakai lensa jenama third-party seperti Tamron, Tokina, Sigma dan lain-lain. Bukannya tak bagus, lensa jenama ini bagus dan saya pun ada guna lensa-lensa seperti ini; tapi janganlah kita terikut-ikut dengan pemilihan badan kamera sahaja yang beribu-ribu ringgit tapi kurang peka dengan penggunaan lensa. Padahal, lensa memainkan peranan yang sangat penting dalam kualiti sesuatu gambar. Jadi kita harus imbangkan perbelanjaan badan dan juga lensa. Ini berbalik kepada jenis gambar apa yang kita suka sangat nak ambil. Adakah saya suka sangat nak ambil gambar aktiviti sukan (SPORTS) atau kehidupan liar(WILDLIFE), ambil gambar pemandangan,lanskap(LANDSCAPE),atau mengambil gambar potret. (PORTRAITURE)?

Soalan #3: Berapakah wang yang kita sanggup keluarkan?

Inilah soalan cepu-mas bagi hari ini. Soalan ini kerap ditanya oleh rakan-rakan yang kita bertanya ataupun towkey kedai, Berapa budget...? Harus diingatkan, apa-apa pun kategori kita (a),(b) atau (c) semuanya memerlukan wang. Walaupun sebagai hobi, segala apa hobi pun memerlukan perbelanjaan. Bagi mereka yang suka memancing pun ada joran atau sistem jorannya menjangkau ribuan ringgit! Jadi harus kita ingat yang kita kena buat persediaan untuk belanjawan; bukan sahaja dari pembelian kamera, tapi juga dari segi lensa, filem, kos prosess filem, printing, komputer, perisian komputer, hardisk, backup DVD dan sebagainya. Kalau kita menggunakan kamera yang megapixelnya tinggi, storage space di hardisk pun kena besar, memory komputer pun kena tinggi kalau tidak, komputer lembap! Oleh itu, bersedialah untuk membuat bajet, tapi jangan berbelanja melebihi apa yang mampu. Jangan sebab orang kata yang itu elok, kita beli, yang ini elok kita pun beli, padahal orang yang dok kempen tu pun tak beli... heheheh

Sebagai kesimpulannya atau moral of the story,

  • ketahuilah dahulu selera kita dalam dunia fotografi ini,
  • buat kajian mengenai system kamera yang boleh memenuhi citrarasa sendiri. Banyak ruangan internet yang boleh kita cari. Rajin-rajinlah mencari. Disebabkan banyak laman web menggunakan English, kita terpaksalah rajin bertanya pada rakan-rakan kita yang jujur tentang apa yang diperkatakan dalam English tu. Dari situ, kita dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang sistem manakah yang boleh menampung perkembangan minat kita. Bukan semua pengeluar ada membuat lensa seperti 600mm yang saya ceritakan dalam bab wildlife tu. Dari situ, kita akan dapat ilham sedikit...
  • Buat perbandingan dari segi spesifikasi dan juga kosnya mengikut kemampuan sendiri. Tak guna nak banding dengan benda-benda yang menggunung kalau bajet kita busut pun tak nampak..hehehehe. Berbelanjalah mengikut arah tuju yang ingin kita capai. Bak pepatah melayu, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
  • Pergi kedai dengan kawan dan mintak cuba model-model yang telah diperbandingkan tadi. Saya sebut ajak kawan, sebab kadang-kadang kedai kat Malaya ni pelik sikit! Nak cuba-cuba ni kadang-kadang dia orang tak layan. Jadi ajak kawan yang biasa dengan towkei kedai tu, senang kita nak mintak demo dan senang juga nak tawar menawar. Tengok dan rasa model mana yang sesuai atau serasi dengan tangan kita. Bak kata orang putih, "feeel the camera..."
  • Akhir sekali, apa-apa jenama kamera pun bagus, tetapi pilih mengikut bidang apa yang diminati, belilah sesuatu system yang menepati citrarasa dan fokus-kan usaha untuk mendapatkan imej yang dikehendaki menggunakan setting asas yang betul, juga teknik dan lensa yang sesuai.

Selamat Maju Jaya dan rajin-rajinlah menziarahi bolg saya ini untuk maklumat-maklumat lain.

Kenapa saya pilih Nikon: SLR 35mm

Harap maklum bahawa ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sejak saya kecil lagi, setiap kali apabila ada keramaian atau hari ulang tahun di rumah saya, arwah bapa saya (alfatihah buat beliau) selalu memanggil tukang gambar datang kerumah untuk mengambil gambar keluarga atau majlis tersebut. Sejak dibangku sekolah lagi ketika berusia 12 tahun, saya mula tertarik dengan penghasilan "gambar". (masa tu, tak tau pun ada perkataan foto atau fotografi...) Hasil dari simpanan wang saku sekolah, saya telah berjaya membeli sebuah kamera pertama saya jenama Diana, yang menggunakan filem format 120mm. Walaupun kamera ini lebih dikenali sebagai kamera "mainan" dan saya beli kat kedai runcit mamak sahaja, ia merupakan satu pencapaian yang tinggi bagi saya. Pada waktu itu, filem hitam putih (B&W) amat popular dan imej color masih baru diperkenalkan dan boleh dikirakan sebagai terlalu mahal. Kamera ini saya gunakan untuk menangkap segala macam gambar tanpa mengira komposisi atau pun subjek. (main aci tembak ajer...)

Apabila saya di sekolah menengah, saya mula aktif dalam kelab fotografi sekolah. Disitulah, saya mula belajar tentang filem, DIN, ASA, shutter speed, aperture, lighting, termasuklah bagaimana cara memproses dan mencentak gambar hitam putih. Oleh kerana kelab sekolah mempunyai hanya sebuah kamera, maka ia selalu menjadi rebutan ahli-ahli kelab untuk membuat eksperiment. Disitu lah saya mula mengenali kamera SLR, jenama seagull buatan China.

Selepas MCE saya berpeluang meyambung pelajaran saya ke luar negara dimana minat untuk berfotografi menjadi lebih ketara. Bermacam-macam peluang dan ilmu mudah didapati disana dengan harga yang berpatutan, tidak seperti semasa saya di Malaysia. Ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba dan menggunakan bermacam-macam model & jenama temasuklah jenama seperti Ricoh, Pentax, Olympus, Contax, Canon dan juga Nikon. (masa tu duit elaun habis pergi ker Hi-Fi dan kamera...heheheh)

Dari pengalaman sendiri, ikhlas saya perkatakan bahawa, model Contax RTS dengan lensa Carl Zeiss merupakan kombinasi yang paling saya gemari. Kombinasi body & lens ini menghasilkan warna yang amat tepat. Akan tetapi, bertapak dibumi yang nyata saya dapati harga sistem ini amatlah tinggi untuk dijadikan sistem pilihan, diluar kemampuan saya. Dengan itu, saya terpaksa memikirkan kembali keutamaan saya didalam dunia fotografi. Process pemilihan saya sama sebagaimana artikel yang saya tulis kamera mana untuk saya dan berdasarkan hasil kajian saya, akhirnya saya memilih jenama NIKON kerana sebab-sebab dibawah. Harus diingatkan sekali lagi bahawa, ini merupakan pendapat peribadi dan saya tak dapat apa-apa komisyen pun. Kajian saya pada ketika itu merangkumi 4 jenama, Olympus, Pentax, Canon dan Nikon.

Melihat dari sejauh manakah sesuatu jenama itu dapat membantu perkembangan fotografi saya, pilhian saya tertumpu kepada Canon atau Nikon. Ini di sebabkan oleh kelengkapan sistem mereka yang boleh menampung perkembangan minat fotografi saya. Saya juga berpeluang bertanyakan beberapa orang profesional mat saleh kat sana tentang jenama yang mereka gunakan. Ramai dari mereka mencadangkan kepada saya jenama Nikon berdasarkan selera fotografi saya, termasuklah juga mereka yang menggunakan Canon.

Apabila saya bertanyakan kepada mereka, "kenapa begitu sedangkan mereka mengguna jenama Canon?" Sambil ketawa, mereka mengakui bahawa, "jenama ini ditaja oleh syarikat atau akhbar kami". Tambahan mereka lagi, "jangan ingat sebab jenama yang banyak ditepi padang tu milik sendiri, tidak! itu semua milik syarikat yang telah berurusan dengan pengeluar". Mereka juga memiliki kamera berjenama Nikon untuk kegunaan sendiri.

Masih tidak berpuas hati, saya merujuk kembali dari sudut selera fotografi saya. Ketika itu, jenama Olympus dan Nikon pula menjadi pilihan kerana ketepatan warna yang dihasilkan oleh lensa-lensa mereka.

Berbekalkan 3 jenama ini, saya mencuba pula keserasian model-model dari tiga jenama tersebut. Dari segi "ergonomics" dan "feel" kamera tersebut, saya dapati, jenama Olympus paling lemah buat saya. Jadi perbandingan sekarang tertumpu kepada Nikon atau Canon. Dari segi penggunaannya pula, saya dapati jenama Nikon lebih serasi dengan saya sebab:
  • "Viewfinder" kamera Nikon lebih mesra pengguna terutama sekali seperti saya yang berkaca-mata, berbanding Canon.
  • "Controls, knobs & buttons" juga lebih mesra pengguna dan konsistent antara satu model dengan model yang lain, berbanding Canon. Sangat mudah jika mempunyai lebih dari satu model atau badan.
  • Dari segi "built"-nya, bila dipasang dengan "motordrive" masing-masing, jenama Nikon nampak dan rasa lebih mantap berbanding Canon.
  • Saya juga mendapati, pengguna Canon ketika itu boleh menggunakan lensa Nikkor dengan menggunakan "adaptor" dan tidak sebaliknya. Pada saya, ini bermakna, lensa Nikkor lebih baik kualitinya dari lensa jenama Canon. Juga terdapat pengeluar badan kamera seperti Kodak dan Fuji yang turut menggunakan "Nikon Mount" yang membolehkan penggunaan lensa "Nikkor" pada kamera mereka.
  • Kajian saya juga mendapati, pengeluar lensa yang masyhur seperti ziess juga ada menggeluarkan lensa mereka untuk kegunaan kamera Nikon selain daripada untuk kamera berjenama Contax dan Hasselblad yang mana merupakan "de-facto" standard dalam dunia fotografi. Jadi jika ada rezeki untuk menggunakan lensa-lensa zeiss dimasa hadapan, jenama Nikon haruslah menjadi pilihan saya.

Dengan demikan, pemilihan "body & lens" jenama Nikon boleh dikatakan satu pilihan yang baik bagi saya dan tidak hairanlah jika NASA juga memilih jenama Nikon untuk kengunaan program angkasa lepas mereka.

Kemunculan era: DSLR

Apabila pengeluar mengumumkan kemunculan kamera digital DSLR, saya amat skeptik tentang hasil yang bakal di perolehi. Maklum sajalah barang-barang elektronik ni cepat betul bertukar. Kalau tak percaya, tengok balik sejarah komputer! Saya mengambil masa agak lama sebelum menggunakan kamera Digital SLR (DSLR). Sekali lagi, saya terperangkap dalam pusingan yang sama, pemilihan jenama kamera untuk saya. Saya masih tetap membuat kajian dan pada ketika itu dan pemiilihan saya berbalik kepada Canon atau pun Nikon. Kalau saya baca benang diskusi di forum-forum, ternyata orang Canon kata Canon bagus, orang Nikon kata Nikon bagus. Seperti yang saya perkatakan diawal tadi, berkenaan dengan product elektronik, hari ini Canon mengatasi Nikon, esoknya, Nikon pula akan mengeluarkan model untuk mengatasi Canon. Jadi perkara ini akan berlarutan tanpa penghujungnya. Dengan yang demikian, setelah mencuba kedua-dua jenama tersebut dan membuat satu keputusan. Keputusan ini besandarkan sebab-sebab seperti yang saya tulis diatas dan juga sebab-sebab tambahan seperti dibawah:

Saya dapati saya seorang "Fotografer", iaitu, saya lebih suka meluangkan masa lebih untuk mengambil gambar dengan tepat dari awal lagi. Ini merupakan satu disiplin yang saya dilatih sejak penggunaan kamera filem, dan sistem Nikon mudah memenuhi syarat ini. Saya juga akui bahawa saya bukanlah seorang "Fotografik", yang meluangkan lebih banyak masa dihapadan komputer untuk meng-edit gambar yang telah diambil. Tambahan lagi, saya begitu tertarik dengan kewujudan sistem CLS untuk sistem Flash mereka.

Berdasarkan hakikat ini, termasuk juga selera dan arah tuju fotografi saya, saya memilih untuk kekal bersama sistem Nikon. Apa yang saya lakukan sekarang ini ialah untuk meng-upgrade-kan sistem lensa saya (yang mana patut...) dan memberi lebih tumpuan untuk memantapkan lagi karya fotografi saya.

Rules of the third : ROT

RULES of THE THRID (ROT) dalam fotografi bukanlah satu undang-undang mutlak tapi lebih merupakan satu panduan bagi fotografer untuk membuat sesuatu komposisi imej. Kewujudan ROT ini bertujuan untuk membuat sesuatu imej, yang merupakan sesuatu komunikasi visual, lebih effektif. Efektif dalam erti kata berkesan dengan mempunyai kekuatan dan jelas fokusnya. ROT menyatakan bahawa sesuatu imej itu boleh dibahagikan kedalam 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan melintang dan 2 garisan menegak dengan keluasannya yang sama, seperti ditunjukkan pada rajah dibawah.


Empat (4) titik (kadangkala dirujuk sebagai "titik kuasa"") yang terbentuk pada penemuan garisan ini boleh digunakan sebagai fokus atau subject utama didalam sesuatu imej. Ada kajian mengakatakan bahawa, dengan menggunakan teknik ini, gambar atau imej yang dihasilkan akan menjadi lebih "fokus" dan lebih "bertenaga", daripada hanya meletakkan subjek utama di tengah-tengah sesuatu gambar atau imej. Gambar-gambar berikutnya boleh digunakan sebagai contoh bagaimana seseorang boleh mengaplikasikan ROT ini.

Contoh #1


Gambar ini menunjukan bagaimana subjek utama, iaitu budak kecil ini diletakkan pada titik kuasa disebelah kanan dan menguasai 1/3 ruang sudut di sebelah kanan. Pada waktu yang sama, selebihan 2/3 ruang disebelah kiri menunjukan ruang jambatan dimana kejadian itu berlaku sebagai background dan jalan cerita. Harus diingatkan bahawa, subject utama tidaklah semestinya diletakkan diatas titik atau gasrisan tersebut, tetapi memadailah jika ia berada disekitar kawasan titk tersebut. Ini boleh dilihat dengan jelas pada contoh #2 seperti dibawah.

Contoh #2


Lihat bagaimana subjek utama menguasai 1/3 ruang disebalah kiri dan 2/3 backgroundnya jelas disebelah kanan. Walaupun ada teknik-teknik lain dalam penghasilan imej landskap (yang bakal saya bincangkan didalam bab lain), teknik ROT dan pembahagian ruang ini juga banyak digunapakai dalam penghasilan sesuatu imej landskap seperti ditunjukkan dalam contoh #3 dibawah.

Contoh #3


Pada imej ini kita dapati bagaimana 1/3 ruang dibawah digunakan untuk menunjukan "lead line" dan horizon, sementara 2/3 ruang selebihnya diatas digunakan sebagai background dan langit yang biru. Disini kita dapati, masjid & menara bukanlah terletak pada "titik kuasa" tetapi masih diletakkan pada 1/3 bahagian bawah dan berada disekitar garisan dan titik itu juga. ROT ini juga boleh diguna pakai dalam penghasilan imej portret manusia seperti contoh #4 dibawah.

Contoh #4

Disini, dapat kita lihat bagaimana ROT diaplikasikan untuk imej portret. Lazimnya, mata seseorang itu diletakkan pada garisan 1/3 atas dan badan mereka akan memenuhi 2/3 ruang dibawah.

Sebagimana yang saya jelaskan diatas, ini bukanlah hukum atau undang-undang mutlak, tetapi sekadar panduan. Ada sesetengah pendapat mengatakan ROT ini menyekat kreativiti sesorang fotografer dan kita harus cuba menghasilkan imej yang bertentangan dengan panduan ROT ini. Ini amalan yang sihat, walaubagaimana pun, kita harus peka dan tahu akan ROT ini sebelum kita hendak menghasilkan sesuatu imej yang bertentangan, tak gitu..? Janganlah bila ada orang bertanyakan tentang imej kita, kita kata kita tak ikut ROT dan bila orang minta penjelasan dengan lebih lanjut, kita ternganga-nganga...hahahahha.

Contoh #5:
kredit Ahmad Farhan, anak saya sebab mengizinkan saya guna image dia.


Sebagai contoh, imej kelima #5 ini tidaklah mengikut ROT sepenuhnya, tapi ia masih berkesan kerana penggunaan kontrast warna yang berkesan, dimana putih menjadi fokus utama dan yang warna lain sebagai background atau penyedap mata sahaja. Contoh #5 ini merupakan bagaimana sesorang itu hendak "break the rules (ROT)" dan faham perihal asas komposisi semasa hendak "break" ROT.