Sensitiviti : Sensitivity

Sensitiviti atau sensitivity dalam English merupaka kaedah sukatan penerapan cahaya bagi sesuatu filem atau sensor. Secara konvensyenal, filem dikeluarkan dalam perlbagai sensitiviti berdasarkan sukatan yang standard seperti ASA/DIN/ISO untuk kegunaan yang berbeza-beza. Filem yang bersensititivi rendah menhasilkan bintik (grain) yang halus tetapi memerlukan jumah cahaya yang tinggi. Ini amat sesuai untuk fotografi luar rumah (Outdoor Photography). Akan tetapi, jika jumlah cahaya itu kurang atau memerlukan shutter speed yang tinggi seperti aksi sukan, filem yang lebih sensitif atau filem laju (fast film) diperlukan. Akan tetapi, filem sebegini menghasilkan bintik yang lebih kasar dan menjadikan imej berbintik atau "grainy".

ISO 100 dikirakan sebagai "normal" walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya. Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada "point & shoot" mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100, 200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem, penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya "grain" dan dalam kamera digital kenali sebagai "noise".

Dalam arus kemajuan teknoloji, kamera digital tahap tinggi (High End DSLR) seperti Canon 1DsMkIII atau Nikon D3, kini mempunyai penggurusan "noise" yang amat berkesan. Malah Nikon D3 kini telah membuka era baru dalam dunia fotografi digital dengan "ISO 32,000 equiv" dengan pengurusan "noise" yang lebih berkesan dari Canon. Seperti mana yang saya katakan dalam perihal pemilihan kamera, saingan antara pengeluar akan sentiasa berterusan.


Sumber Asal:
dpreview
wikipedia

Exposure

Expoure secara asasnya merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor kamera berdasarkan pemilihan aperture dan shutter speed. Efek keatas exposure ini juga bergantung kepada sensitiviti (sensitivity) film atau sensor yang diguna pakai. Exposure yang dipilih berdasarkan kombinasi nilai aperture, shutter speed dan sensitiviti lazimnya dikenali sebagai nilai exposure atau "Exposure Value" (EV).

Nilai 0 (kosong) atau Zero EV ini ditafsirkan sebagai satu kombinasi dimana nilai aperture (aperture) pada F/1.0, nilai shutter (shutter speed) pada kelajuan 1 saat (1s) dan nilai sensitiviti pada ISO 100. Harus diingatkan bahawa, penggunaan sensitiviti ini secara teknikalnya digunakan untuk penggiraan nilai cahaya atau "Light Value" (LV). Walaubagaimana pun untuk memudahkan pemahaman dan menunjukkan bahawa nilai sensitiviti (ISO) mempunyai pengaruh keatas penggiraan nilai exposure atau exposure value (EV), ISO diambil kira dalam penjelasan ini.

Oleh yang demikian, jika seseorang pengguna mengurangkan jumlah cahaya pada filem atau sensor (seperti dengan menambah nilai shutter speed atau menamabah nilai aperture), ia akan menambahkan lagi nilai exposure EV. Sebagai contoh, misalannya pada shutter speed 1/125s dan apreture pada F/4 dan nilai exposure adalah 6 EV, jika kita menukarkan shutter speed kepada 1/250s dengan mengekalkan aperture pada F/4, nilai exposure baru kita menjadi 7 EV. Begitu juga, jikalau kita kekal pada shutter speed 1/125s dan menukarkan aperture dari F/4 ker F/5.6. Sila layari sumber asal dibawah ini untuk mencuba kalkulator EV.

Nilai exposure tinggi atau High EV kebiasaannya digunakan didalam keadaan cerah dimana kita berkehendakan jumlah cahaya yang sikit untuk mengelakan overexposure.

Sumber Asal: dpreview

Metering

Metering secara asasnya ialah untuk menyukat "exposure", ia ini jumlah cahaya untuk sesuatu imej itu sebelum dirakam pada filem atau pun sensor. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan sebuah light meter. Walaupun lightmeter ini masih kerap digunakan oleh jurufoto professional, ramai dikalangan pengguna SLR atau DSLR kini banyak bergantung kepada sistem metering yang terdapat didalam kamera mereka. Tujuan sistem metering dalam kamera, baik Filem maupun Digital, ialah untuk menyukat "the best-fit exposure value" atau "nilai exposure yang paling sesuai" bagi mej yang bakal dirakamkan. Dimasa kini, sistem metering secara otomatik ini dikira sebagai standard dalam penggeluaran kamera dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mode, Spot, Matrix, Centre Average. Berdasarkan pemilihah mode yang tertentu, sistem metering kamera akan mencadangkan nilai exposure yang sesuai untuk jurufoto dan kerap kali, ia bolehlah diaggap sebagai mencukupi.

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga mode ini? Walaupun mungkin berbeza dari segi penamaannya oleh penggeluar-pengeluar jenama kamera, secara asasnya mode tersebut adalah seperti yang dijelaskan dibawah:

Spot Metering
Membenarkan sesorang jrufoto itu membuat metering keatas subject berdasarkan "focus point" atau titik fokus yang dipilih. Ini bermaksud hanya sejumlah kawasan kecil sahaja dalam frame imej itu diambil kira untuk penggiraan nilai exposure (exposure value). Nilai exposure untuk bahagian-bahagian lain tidak diambil kira. Pada kamera saya, hanya 2% dari jumlah keluasan frame diambil kira dengan menggunakan siaz bulatan 3mm.

Center-weighted Average Metering
Mungkin merupakan kaedah metering yang lazim digunakan, malah ia merupakan kaedah asas dalam pembikinan awal otomatik metering pada kamera yang tidak mempunyai pilihan mode. Didalam kaedah ini, purata nilai exposure untuk seluruh frame imej itu diambil kira dan sedikit penekanan (weightage) akan diberikan pada nilai yang dibaca ditengah-tengah frame tersebut. Di era DSLR ini, pengguna boleh membuat pilihan akan keluasan siaz bulatan di bahagain tengah frame itu, seperti 6, 8, 10 maupun 13mm. Ini memberi fleksibiliti kepada jurufoto untuk menentukan nilai penekanan (weightage) pada exposure mereka.

Matrix Metering
Ini merupakan kaedah metering yang paling komplex dan mencadangkan nilai exposure yang paling sesuai bagi setiap situati cahaya. Secara kasarnya, sesuatu imej itu dipecahkan kedalam beberapa zon dan nilai exposure dari setiap zone akan diambil kira untuk mencadangkan satu nilai exposure yang paling sesuai. Nilai exposure itu dikira berdasarkan algorithm yang telah diprogramkan kedalam cip prossesor penggeluar, yang terdapat di dalam kemera tersebut.

Sumber asal: dpreview

Peringatan:
Walaupun sistem metering otomatik ini memberi satu cadang nilai exposure (dari segi aperture dan shutter speed bedasarkan ISO yang telah dipilih), pengguna harus peka akan mode dan setting yang betul untuk menghasilkan imej yang dikendendaki. Dibawah merupakan contoh dari hasil ketiga-tiga mode yang dijelaskan diatas. Saya suka menggunakan situasi malam sebagai contoh kerana perbezaan cahaya dari atas ke bawah amatlah ketara.



Dari contoh diatas, kita dapati bahawa bergantung sepenuhnya pada otomatik metering tanpa membuat apa-apa "fine adjustment" mungkin bukanlah sebagai satu kaedah metering yang paling sesuai dalam situasi sebegini.

Saya kerap ditanya, "mode apakah yang selalu saya gunakan?" Bagi saya, ia banyak bergantung kepada subjek atau imej yang dikehendaki. Oleh kerana saya kerap merakam imej secara "manual", "aperture priority", atau "shutter priority", metering mode saya juga akan berbeza-beza. Misalannya, jika saya berkehendakan metering pada subjek khusus seperti bulan atau muka seseorang subjek, saya kerap gunakan "spot metering". Jikalau lanskap atau secara am, saya gunakan "centre weighted average" atau "matrix metering" berdasarkan imej yang saya kehendaki. Akan tetapi, "matrix metering" merupakan mode yang kerap saya gunakan malah seakan menjadi "default" setting pada kamera saya. Ini disebabkan oleh keberkesanan "1,005-segment RGB sensor" pada kamera SLR ataupun DSLR saya untuk melakukan "3D-Color Matrix Metering".